Sabtu, 14 September 2013

AMALAN BERSIWAK (BERSUGI) MENGGERUNKAN MUSUH



Pada kurun ke-8 Hijrah iaitu ketika zaman Bani Abbasiah, orang Islam ketika itu sedang berdakwah di Samarkand (ibu Negara Uzbekistan). Pada waktu itu, tentera Islam telah berjaya membuka negara-negara yang bersempadan dengan Samarkand yang berhampiran dengan China.
            Suatu ketika, mereka tidak dapat menembusi sebuah benteng. Tentera-tentera musuh berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota. Tiada siapa boleh keluar dan masuk. Mereka bagaikan sebuah dinding yang tidak dapat dirobohkan. Akibatnya, peperangan berlanjutan. Tiada siapa yang kalah atau menang.
            Maka, panglima perang Islam melalukan ‘post-mortem’. Perkara pertama yang ditanya ialah, “Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak menunaikan solat?”
            Mereka menjawab, “Tidak.”
            “Adakah sesiapa yang meninggalkan satu daripada sunnah Nabi SAW?” soalnya lagi.
            Mereka terdiam. Setelah berfikir dan bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa mereka meninggalkan amalan bersiwak ketika berwuduk dan solat. Lantas, mereka memanjat pokok kurma dan mengambil batangnya untuk dibuat kayu sugi. Setelah itu, azan dilaungkan. Maka, mereka pun segera bersiwak sebelum berwuduk untuk menunaikan solat.
            Tatkala itu, seorang pengintip masuk ke khemah orang Islam untuk mengintip. Dia menjadi gementar melihat orang Islam sedang bersiwak. Lalu. Dia pun pulang memberitahu kaumnya, “Sesungguhnya musuh kita bukan sembarangan manusia. Mereka sedang mengasah gigi mereka dengan kayu untuk meratah kita seorang demi seorang. Bersedialah kamu semua untuk diratah oleh mereka.”
            Kaumnya percaya. Mereka menjadi gerun lalu mengundurkan diri. Maka, orang Islam berjaya menawan negeri itu dengan mudah dan ramai yang memeluk Islam. Penduduk kota itu, setelah memeluk Islam, menjadikan siwak sebagai satu amalan yang tidak ditinggalkan. Mereka ketawa mengenangkan ketakutan mereka kepada siwak. Mereka berkata, “Kami dikurniakan Islam dengan berkat sunnah bersiwak. Maka, hidupkanlah kami ya Allah dalam agama Islam dan dalam keadaan sentiasa melazimi sunnah.”
Sumber: Qasas as-Solihin, Syeikh Hamed Ahmad Tahir

Iktibar:
  1. Dalam sunnah Nabi, ada kejayaan.
  2. Amal sunnah Nabi, Allah beri bantuan.
  3. Tinggalkan sunnah Nabi, tiada bantuan daripada Allah.

Isnin, 19 Ogos 2013

SEANDAINYA''BUKA-BUKAAN''ADALAH BENTUK KEMAJUAN, MAKA YANG PALING MAJU ADALAH BINATANG


Seorang Doktor Perempuan asing (non Arab) yang berhijab menjawab dengan mudah dan cerdas, ketika ditanya tentang jilbab :

Sesungguhnya manusia pada masa zaman purba telajang, dengan bekembangnya pemikiran melewati berbagai zaman, maka manusia mulai memakai pakaian, hingga seperti yang saya pakai sekarang.

Dan apa yang saya pakai adalah puncak pemikiran, dan tingkatan tertinggi yang telah dicapai manusia setelah melalui berbagai masa dan bukanlah bentuk keterbelakangan.

Adapun "buka-bukaan" adalah bentuk keterbelakangan dan kemunduran pemikiran manusia ke zaman purba.

Kalau seandainya "buka-bukaan" adalah bentuk kemajuan, maka yang paling maju adalah binatang!

Ahad, 18 Ogos 2013

TABI'IN DAN SAHABAT


Seorang Tabi'in (orang yang tidak sempat berjumpa Nabi saw tetapi sempat berjumpa Sahabah Nabi saw dan beriman kepada Allah) telah berhajat untuk melihat cara kehidupan Sahabah ra(orang yang sempat berjumpa Nabi saw dan beriman kepada Allah). Dia ingin melihat bagaimanakah keadaan hidup sahabah sehingga mereka menjadi insan yang diredhai oleh Allah swt. Satu hari, dia telah turut serta dalam satu perjalanan yang jauh bersama dengan Sahabah tersebut. Akibat keletihan, maka kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah mengambil keputusan untuk berehat sebelum menyambung perjalanan pada keesokan paginya.

Kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah tidur dengan nyenyaknya. Namun, setelah tidur sebentar, Sahabah telah bangun mengambil wudhuk lalu mengerjakan solat malam..Dalam masa yang sama Tabi'in telah mengintai perilaku Sahabat tersebut dari atas sepohon pokok.

Maka tiba-tiba telah datang seekor singa mundar mandir di sekeliling Sahabah yang sedang mengerjakan solat. Tabi'in berasa sangat terkejut kerana Sahabah tersebut langsung tidak takut atau melarikan diri. Sehinggalah akhirnya singa itu telah duduk bersebelahan dengan Sahabah yang sedang bersolat itu. Maka selesai memberi salam, Sahabah telah membisikkan kepada telinga singa bahawa dia boleh beredar sekarang. Maka singa pun bangun dan beredar dari situ... Wallahua'lam..

Begitulah keadaan Sahabah ra.. Mereka hidup dalam keadaan iman dan yakin yang sempurna kepada Allah swt. Tidak hairanlah bilamana mereka hanya takut kepada Allah, maka seluruh makhluk lain akan takut kepada mereka.. Sesungguhnya merekalah golongan yang diredhai oleh Allah swt di muka bumi lagi. radhiAllahu anhum wa radhu anh..

-diceritakan oleh jemaah Australia-

Jumaat, 16 Ogos 2013

SEKSAAN ABU LAHAP DIRINGANKAN SETIAP HARI ISNIN


Abu Lahap adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahap sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.

Firman Allah, “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (Al-Lahab: 1 – 5).

Abu Lahap adalah bapa saudara Nabi saw. Nama sebenar Abu Lahap ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi saw, Abdullah bin Abdul Mutalib.

Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad saw., aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)

Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi saw.

Ahad, 14 April 2013

KISAH MALIK BIN DINAR RAH DAN PEMUDA MAHLIGAI

Jaafar bin Sulaiman rah berkata ''Satu ketika semasa berjalan di Basrah bersama Hadrat Malik bin Dinar rah kami melihat satu mahligai yang besar sedang dalam pembinaan. Seseorang pemuda sambil duduk memberi arahan kepada pekerja-pekerjanya. Hadrat Malik bin Dinar rah berkata kepada saya,'' Lihatlah betapa kacak pemuda ini! Tetapi dia sedang terlibat dalam urusan tidak berguna. Aku rasa terdesak untuk berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan pemuda ini dari urusan sia-sia ini dan menjadikan hambanya yang mukhlis. Alangkah baiknya jika ia menjadi salah seorang dari pemuda-pemuda di syurga! Mari kita jumpa pemuda itu.'' Jaafar rah berkata bahawa mereka berdua telah pergi kepada pemuda itu lalu mengucap salam kepadanya. Pemuda itu menjawab salam kami. Dia mengetahui tentang Hadrat Malik bin Dinar rah, tetapi ketika itu beliau masih belum mengenalinya. Selepas beberapa lama apabila datang dia dapat mengenalinya maka dengan serta merta dia berdiri lalu berkata,'' Sila duduk. Bagaimana tuan datang kemari? Betapa tuahnya kami kedatangan tuan!'' Malik bin Dinar rah berkata,'' Berapakah yang kamu berlanjakan untuk pembinaan ini?'' Dia menjawab,'' Seratus ribu dirham.'' Malik rah berkata,'' Wang seratus ribu dirham itu kamu berilah kepadaku, maka aku akan mengambil tangungjawab dan memberi jaminan bahawa kamu akan diberi satu mahligai yang berlipat kali ganda lebih baik dari ini dalam syurga . Khadam-khadam yang ramai, khemah dan kubah dari Yaqut merah dan nikmat-nikmat syurga yang lain-lainnya akan menjadi milik kamu. Dindingnya dari mutiara, lantainya dari Jaafran dan cantuman dindingnya dari kasturi . Mahligai itu sentiasa akan berbau harum dan tidak sekali-sekali menjadi buruk. Mahligai itu bukanlah dibina oleh tukang-tukang pembinaan tetapi ia wujud dengan perintah Allah Kun yakni jadilah'.

''Pemuda itu meminta,'' Tolonglah berikan masa kepada saya untuk memikirkan perkara itu pada malam ini. Esok pagi saya akan memberi pandangan saya.'' Hadrat Malik bin Dinar rah pulang ke rumahnya. Pada sepanjang malam itu beliau berfikir untuk pemuda itu. Ketika hujung malam beliau telah berdoa untuknya sambil menangis. Selepas solat subuh kami pergi sekali lagi kepadanya. Pemuda itu sedang menunggu kami di pintu. Dia bergembira melihat Hadrat Malik bin Dinar rah. Hadrat Malik bin Dinar bertanya,'' Apakah pendapat kamu mengenai apa yang aku cadangkan kelmarin?'' Dia bertanya, Apakah tuan bersedia untuk menyempurnakan apa yang dijanjikan oleh tuan?'' Beliau menjawab,'' Tentu tiada syak lagi,'' Maka dia membawa satu uncang berisi seratus ribu dirham dan kertas serta pena untuk di tulis.

Hadrat Malik bin Dinar rah menulis di kertas itu, bismillahhirohmannirrohim. Seterusnya beliau menulis,'' Dengan ini saya Malik bin Dinar berjanji bahawasanya si anu bin si anu akan mendapat satu mahligai bersifat begini begini ( beliau menulis semua ciri-ciri mahligai itu di syurga seperti yang beliau telah ceritakan kelmarin ). Bahkan dia akan memperolehi kedudukan perhampiran Allah Taala.'' Surat jaminan itu beliau telah serahkan kepada pemuda itu lalu mengambil uncang berisi seratus ribu dirham dan membawa pulang. Pada sebelah petang hari itu juga kesemua wang seratus ribu dirham telah habis di bahagikannya sebagai sedekah sehingga tidak ketinggalan apa-apa walaupun untuk membeli makanan.

Selepas itu telah berlalu empat puluh hari.Satu pagi Malik bin Dinar rah mengimami solat subuh di Masjid. Setelah selesai solat beliau telah melihat sepucuk kertas di mihrab. Beliau mengambil dan melihat bahawa ianya adalah surat jaminan yang telah beliau berikan kepada pemuda itu. Tetapi di atasnya ada tambahan tulisan tidak berdakwat yang terang boleh dibaca,'' Aku melepaskan Malik bin Dinar dari tangungjawab jaminan ini, sebab aku berikan si anu bin si anu satu mahligai di syurga penuh dengan semua nikmat-nikmat yang dituliskannya, bahkan tujuh puluh kali ganda lebih daripadanya.''Setelah membacanya tulisan itu beliau tersangat kagum sehingga tidak dapat bergerak atau bercakap beberapa lama. Selepas itu beliau pergi ke rumah pemuda itu. Apabila tiba , beliau mendapati ada tanda-tanda kesedihan dan juga kedengaran suara tangisan di rumah itu . Bertanya kami telah di beritahu bahawa baru kelmarin pemuda itu sudah meninggal dunia.

Malik bin Dinar rah bertanya,'' Siapakah yang telah memandikan dan mengapani mayatnya?'' Maka orang yang dimaksudkan itu telah pun dipanggil dan diminta menceritakan semua peristiwa yang berlaku. Dia berkata, ''sebelum meninggal dunia beliau telah memberi sepucuk kertas kepada saya lalu mewasiatkan agar saya meletakkan kertas itu antara kapan dan tubuh mayatnya. Saya pun telah membuat sebagaimana wasiatnya.'' Hadrat Malik bin Dinar rah telah mengeluarkan kertas yang beliau jumpai di mihrab masjid dan sebelum sempat beliau berkata apa-apa orang itu berkata, ''Wallah! Inilah kertas yang saya telah letak di dalam kapannya.'' Setelah memerhatikan kesemua peristiwa itu maka salah seorang pemuda telah mendekati Dinar bin Malik rah lalu berkata,'' Tuan Syaikh, saya hendak memberikan dua ratus ribu dirham. Tolong tuliskan satu kertas lagi untuk saya.'' Beliau berkata .'' Peluang itu telah terlepas jauh! Allah membuat apa sahaja yang di kehendakinya .'' Selepas itu bila-bila masa sahaja beliau teringat peristiwa itu, maka beliau akan menceritakan kisah itu sambil menangis dan mendoakan untuk pemuda itu. [ RAWDH]

Terdapat banyak lagi peristiwa seperti ini mengenai orang-orang warak apabila dalam keadaan semangat sesuatu perkataan terkeluar dari mulut mereka, maka Allah swt telah menjadikannya satu kenyataan begini. Baginda Rasulullah saw pernah bersabda bahawa kadangkala kelihatan setengah-setengah orang yang rambutnya tidak terurus, badan pun berdebu dihalau orang dari pintu rumah, tidak dipedulikan orang. Tetapi jika mereka bersumpah dengan nama Allah maka ia menyempurnakannya [RAWDH]
Dari buku FADHILAT SEDEKAH jilid 1 dan 2 m/s 1083

Sabtu, 6 April 2013

JANGAN AMBIL KISAH


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat hal yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu! Dua orang menaiki seekor himar, kesian himar itu disiksa."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Apalah punya pandai orang tua dan si anak itu, dah ada himar pon masih nak berjalan kaki, kenapa tak menunggang himar itu?"

Dalam perjalanan mereka dua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi FAKIR. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk menempuh kehidupan seharian.

Rabu, 14 November 2012

UNTA YANG BERKATA-KATA

UNTA BERKATA-KATA

Lelaki Muslim itu terkejut dan bingung. Unta itu adalah miliknya, tetapi dia dituduh mencurinya pula.

Sungguh licik si pemuda Yahudi itu. Dia telah membawa empat orang saksi bersama-samanya dan keempat-empat orang saksi itu membuat tuduhan palsu terhadapnya. Pemuda Muslim itu tidak dapat mempertahankan diri kerana tidak mempunyai saksi. Lalu Rasulullah SAW memutuska
n unta itu adalah milik si pemuda Yahudi dan lelaki Muslim dijatuhkan hukuman potong tangan.

Dalam keadaan bingung, pemuda Muslim itu mendongak sambil menadah tangan seraya berdoa, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”

Setelah berdoa, pemuda Muslim itu sekali lagi menemui Rasulullah SAW. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keterangan kepada Rasulullah SAW untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, melainkan dia meminta Rasulullah SAW bertanya sendiri kepada unta itu.

Memang sesuatu yang aneh untuk bertanyakan soalan kepada seekor binatang, tetapi oleh sebab lelaki itu bersungguh-sungguh mahu membuktikan yang dia tidak bersalah, Rasulullah SAW bertanya kepada unta itu, “Hai unta! Milik siapakah engkau ini?”

“Wahai Rasulullah! Aku adalah milik pemuda Muslim ini dan sesungguhnya para saksi lelaki Yahudi itu adalah pendusta,” jawab unta itu dengan terang dan jelas.

Rasulullah SAW kehairanan apabila mendengar pengakuan unta itu.

“Wahai pemuda Muslim! Beritahu kepadaku, apakah yang telah engkau lakukan sehingga Allah membolehkan unta ini bercakap perkara yang benar.”

“Wahai Rasulullah SAW! Aku tidak tidur pada waktu malam melainkan aku terlebih dahulu membaca selawat ke atasmu sepuluh kali,” jawab pemuda Muslim itu dengan jujur.

“Engkau telah selamat daripada dihukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga daripada seksaan di akhirat nanti kerana berkatnya engkau membaca selawat untukku,” sabda Rasulullah SAW.

Dengan keputusan Rasulullah SAW, pemuda itu terlepas daripada hukuman dan bebas daripada dituduh mencuri. Dia sangat bersyukur dan yakin bahawa Allah SWT akan memberikan perlindungan kepadanya selagi dia terus melaksanakan amalan-amalan yang baik.

Kamu tidak akan mampu membalas kebaikan Nabimu Muhammad s.a.w., walaupun kamu berjalan dengan kedua-dua kelopak matamu [ al-Habib Abdullah bin Alwi al-Hadad ]