Memaparkan catatan dengan label SAHABAT R.ANHU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAHABAT R.ANHU. Papar semua catatan

Ahad, 18 Ogos 2013

TABI'IN DAN SAHABAT


Seorang Tabi'in (orang yang tidak sempat berjumpa Nabi saw tetapi sempat berjumpa Sahabah Nabi saw dan beriman kepada Allah) telah berhajat untuk melihat cara kehidupan Sahabah ra(orang yang sempat berjumpa Nabi saw dan beriman kepada Allah). Dia ingin melihat bagaimanakah keadaan hidup sahabah sehingga mereka menjadi insan yang diredhai oleh Allah swt. Satu hari, dia telah turut serta dalam satu perjalanan yang jauh bersama dengan Sahabah tersebut. Akibat keletihan, maka kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah mengambil keputusan untuk berehat sebelum menyambung perjalanan pada keesokan paginya.

Kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah tidur dengan nyenyaknya. Namun, setelah tidur sebentar, Sahabah telah bangun mengambil wudhuk lalu mengerjakan solat malam..Dalam masa yang sama Tabi'in telah mengintai perilaku Sahabat tersebut dari atas sepohon pokok.

Maka tiba-tiba telah datang seekor singa mundar mandir di sekeliling Sahabah yang sedang mengerjakan solat. Tabi'in berasa sangat terkejut kerana Sahabah tersebut langsung tidak takut atau melarikan diri. Sehinggalah akhirnya singa itu telah duduk bersebelahan dengan Sahabah yang sedang bersolat itu. Maka selesai memberi salam, Sahabah telah membisikkan kepada telinga singa bahawa dia boleh beredar sekarang. Maka singa pun bangun dan beredar dari situ... Wallahua'lam..

Begitulah keadaan Sahabah ra.. Mereka hidup dalam keadaan iman dan yakin yang sempurna kepada Allah swt. Tidak hairanlah bilamana mereka hanya takut kepada Allah, maka seluruh makhluk lain akan takut kepada mereka.. Sesungguhnya merekalah golongan yang diredhai oleh Allah swt di muka bumi lagi. radhiAllahu anhum wa radhu anh..

-diceritakan oleh jemaah Australia-

Ahad, 14 Oktober 2012

AKU TIDAK PERNAH NAMPAK MANA-MANA RAJA DI HORMATI SEPERTI MUHAMMAD SAW DIHORMATI OLEH ORANG-ORANGNYA

Dalam kisah perjanjian Hudaibiyah. Urwah b Mas'ud telah datang sebagai wakil orang kafir. Dia telah memerhatikan keadaan orang islam dengan penuh teliti. Apabila dia pulang ke Mekah dia telah menerangkan kepada orang kafir dan berkata,'' Saya pernah diutuskan untuk menemui ramai raja yang besar . Saya telah bertemu raja Parsi, Rom dan Habshah.'

Saya tidak pernah nampak mana-mana raja itu dihormati oleh orang istana sebagaimana Muhammad saw dihormati oleh orang-orangnya. Tidak pernah mereka membiarkan air ludah Baginda saw jatuh ke bumi. Air ludah itu akan jatuh ke atas tapak-tapak tangan mereka kemudian mereka menyapu air ludah itu ke muka dan seluruh badan.

Apabila Muhammad saw memerintahkan sesuatu maka setiap orang akan berlari untuk menunaikan perintah itu. Apabila Baginda saw berwuduk maka mereka akan berlari, seolah-olah akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran antara mereka semata-mata untuk mengambil kesan air wuduk itu untuk disapu kebadan.

Apabila Baginda saw bercakap maka mereka semua akan senyap, tidak seorang pun yang akan memandang kearahnya semata-mata kerana rasa hormat terhadapnya.''

BUKHARI

Isnin, 3 September 2012

SIAPAKAH YANG DAPAT MELINDUNGI KAMU DARI PEDANG INI

Dari Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa beliau bersama Rasulullah saw dalam satu ghazwah yang menuju ke Nat. Ketika waktu pulang beliau masih bersama Rasulullah saw apabila mereka sampai di kawasan hutan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok berduri, Rasulullah saw turun dari tunganggannya untuk berehat. Dan para sahabat bertebaran untuk mencari tempat berteduh.

Rasulullah saw berteduh di bawah sebatang pokok dan mengantungkan pedangnya pada pokok tersebut lantas kami pun tertidur seketika, dengan tiba-tiba kami mendengar suara Rasulullah saw memanggil kami. Kami dapati di hadapan beliau seorang badawi kafir. Baginda Rasulullah saw bersabda dia telah mencuri pedangku ketika aku sedang tidur, apabila aku terjaga aku dapati sebilah pedang terhunus dihadapan ku dia berkata ''Siapakah yang dapat melindungi kamu dari pedang ini? : Allah sebanyak 3 kali lantas dia terduduk. Rasulullah saw tidak menghukum dengan perbuatannya itu. HR BUKHARI.

Selasa, 28 Ogos 2012

LELAKI INI LEBIH BAIK DARI KESEMUA MEREKA



Sayyidina Sahal bin Saad Saidi ra berkata bahawa seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi saw lalu baginda saw bertanya pada seorang sahabat yang duduk disisi baginda saw ''Apakah pandangan kamu tentang lelaki ini''? Jawab sahabat itu'' Lelaki ini adalah dari seorang yang mulia kalau dia meminang maka selayaknya pinangannya di terima. Sekiranya dia menyokong sesiapa maka sepatutnya sokongannya di terima.'' Baginda saw hanya berdiam diri.


Kemudian lalu pula seorang lelaki lain lalu baginda saw bertanya''? Apa pula pendapat kamu tentang lelaki ini'' Sahabat itu menjawab,'' Lelaki ini hanya salah seorang dari orang-orang yang miskin dari kalangan orang islam dan memang patut kalau dia meminang pinangannya tidak di terima, jika dia memberi sokongan , sokongannya tidak diterima , jika dia berkata sesuatu, kata-katanya tidak akan di dengari.''


Lalu Rasulullah saw pun bersabda , '' Sekiranya seluruh dunia ini dipenuhi oleh orang yang sama seperti lelaki pertama , Lelaki ini masih lebih baik dari kesemua mereka.'' (BUKHARI)


Khamis, 16 Ogos 2012

PENGHUNI SYURGA AKAN DATANG PADAMU

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan, kami sedang duduk bersama Rasulullah saw apabila baginda saw bersabda: Seorang penghuni syurga akan datang padamu sekarang. Tidak lama kemudian seorang Ansar datang, dari janggutnya berjatuhan titisan-titisan air wudhu dan dia memegang kasutnya dengan tangan kirinya. Pada hari yang kedua Rasulullah saw mengulangi perkataannya. Sekali lagi orang Ansar yang sama datang dalam keadaan yang sama yang mana dia datang pada hari yang pertama. Pada hari yang ketiga Rasulullah saw mengulangi perkataan yang sama dan sahabat itu datang lagi dalam keadaan yang sama.

Apabila Rasulullah saw pergi, Abdullah bin Amr r.huma mengikuti orang Ansar itu kerumahnya dan berkata kepadanya; Aku telah bertengkar dengan ayahku dan telah bersumpah bahawa aku tidak akan kembali kepadanya selama tiga hari? Dia berkata; baik sekali.

Anas ra meriwayatkan; Abdullah ra menceritakan bahawa dia tinggal selama tiga malam dengan sahabat Ansar itu, tetapi dia tidak melihatnya beribadah pada malam hari, kecuali apabila dia terbangun dan mengubah kedudukan tidurnya diatas tempat tidur dia memuji Allah dan berkata: Allahu Akbar, sehingga dia bangun untuk solah subuh dari tempat tidurnya. Ada satu perkara lagi bahawa aku tidak pernah mendengar sesuatu yang keluar dari mlutnya kecuali yang baik sahaja

Apabila tiga malam berlalu dan aku mengira amalan-amalan biasa sahaja (aku hairan bagaimana Rasulullah saw memberinya satu khabar gembira yang besar) dia berkata kepada Ansar itu; Hai hamba Allah, tidak ada pertengkaran antara aku dan ayahku atau tidak ada perselisihan, akan tetapi aku telah mendengar Rasulullah saw mengatakan tiga kali tentang engkau, bahawa seorang penghuni syurga sedang datang kepada kita dan engkau datang kepada kami pada tiga waktu itu.

Aku berfikir, aku akan tinggal denganmu dan melihat amalan yang istimewa yang engkau kerjakan supaya aku dapat mengamalkannya. Meskipun demikian, aku tidak melihat engkau melakukan amalan yang istimewa. Apa yang telah menaikkan engkau kepada darjat yang Rasulullah saw nyatakan tentangmu? Orang Ansar itu menjawab; Amalan-amalan yang engkau lihat adalah biasa (aku tidak memiliki amalan yang istimewa). Abdullah ra berkata; Mendengarkan jawapan itu aku pun pergi. Apabila aku hendak pergi orang Ansar itu memanggil aku kembali dan berkata; Engkau telah melihat amalan ku , tetapi ada satu hal sebagai tambahan, aku tidak mempunyai perasaan buruk dalam hatiku   tentang seseorang muslim. Aku tidak irihati jika Allah menganugerahkan kepada orang lain sesuatu nikmat istimewa.

Abdullah ra berkata; Inilah amalan yang tidak dapat kami lakukan. (HR Musnad Ahmad dan Majma uz Zawaid)

Sabtu, 7 Julai 2012

MEWAKAFKAN TANAH BELIAU KERANA TERLALAI DALAM SOLAH

Satu ketika Hazrat Abu Talhah R.anhu  sedang bersolah dalam kebunnya. Seekor burung telah terbang. Oleh kerana pohon-pohon di kebun itu rendang, burung itu tidak menemui jalan keluar. Beliau terpandang burung itu. Oleh kerana pandangan itu, tumpuan hatinya beralih kepada burung itu dan mata beliau menurut burung itu.

Tiba-tiba beliau teringatkan akan solahnya dan beliau telah terlupa bilangan rakaat yang beliau telah kerjakan pada masa itu. Beliau begitu sedih kerana kebun itulah beliau terkena musibah tersebut yakni terlupa dalam solah. Dengan segera beliau pergi berjumpa Rasulullah SAW dan menceritakan kisah yang sebenarnya,''Disebabkan kebun itu saya terkena musibah yang sedemikian. Oleh kerana itu, serahkan kebun itu untuk jalan Allah SWT. Tuan belanjakanlah kebun itu mengikut tuan suka.

Khamis, 5 Julai 2012

DUA RAKAAT SOLAH TERSELAMAT DARI DI BUNUH DAN DI ROMPAK


Hazrat Wahab bin Munabbih rah berkata bahawa melalui solah segala hajat dapat di pohon dari Allah SWT. Sekiranya orang terdahulu menghadapi sebarang kesulitan, mereka akan segera mengerjakan solah. Adalah diceritakan di Kufah terdapat seorang pemikul barang yang sangat dipercayai oleh orang ramai kerana sikap amanahnya.

Dia juga menghantar barang-barang bernilai dan wang para perniaga. Pada suatu ketika semasa dalam perjalanan, dia telah bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki itu bertanya,''Ke mana kamu hendak pergi?'',''Jawab pemikul barang,''Ke bandar sekian''. Saya Lantas lelaki itu berkata,''Saya juga hendak ke sana.

Sekiranya saya berjalan kaki, saya sanggup berjalan bersama kamu. Bolehkah saya menunggangi keldai dengan bayaran satu dinar?''Pemikul barang itu bersetuju lalu menunggangi keldainya. Dalam perjalanan tersebut mereka tiba di satu simpang. Lelaki itu bertanya, ''jalan manakah yang akan kamu lalui?''Jawab pemikul barang,''Melalui jalan besar''. Lelaki itu berkata,''Jalan yang satu lagi lebih dekat, serta terdapat banyak rumput yang subur dan boleh di jadikan makanan untuk binatang tunggang ini''.

Pemikul barang itu berkata,''Saya tidak tahu tentang jalan itu''. Lelaki itu berkata, ''Saya selalu melalui jalan itu''. Pemikul barang berkata,''Baiklah, kita lalui jalan itu''.

Setelah beberapa lama mereka pun tiba ke penghujung jalan di suatu hutan yang menakutkan. Di hutan terdapat banyak mayat yang bergelimpangan. Lelaki itu turun dari keldai sambil mengeluarkan pisau dengan niat untuk membunuh pemikul barang itu.

Pemikul barang itu berkata,''Jangan buat begini, ambilah keldai dan semua barang saya, kerana itulah tujuan mu, tetapi janganlah bunuh saya.''Dia tidak mempedulikan rayuan pemikul barang itu, sebaliknya telah bersumpah sambil berkata,''Mula-mula aku akan bunuh kamu, selepas barulah aku akan mengambil semua barang ini.''

Pemikul barang itu merayu dengan penuh rendah diri tetapi rayuan dia tidak di terima oleh lelaki zalim itu.
Pemikul barang itu berkata,''Baiklah, berilah saya peluang untuk bersolah 2 rakaat untuk kali terakhir.''Lelaki itu bersetuju dengan permintaannya sambil ketawa dan berkata.''Cepatlah bersolah, mayat-mayat ini pun telah membuat permintaan yang sama tetapi solah mereka tidak memberi apa-apa faedah.''Lalu pemikul barang itu mendirikan solah.

Selepas membaca surah Al Fatiha dia tidak dapat mengingati sebarang surah pun. Sementara itu, lelaki yang zalim itu mengesanya berkali-kali supaya cepat menyudahkan solahnya. Tidak semena-mena lidahnya menyebut ayat berikut:

''maksudnya: Siapakah yang memperkenankan (dengan memberi pertolongan) permohonan mereka yang di zalimi, semasa memohon kepadanya dan menghapuskan kesusahan.'' (an naml : 62).

Sambil membaca ayat ini dia menangis. Tiba-tiba muncul seorang berkuda memakai topi yang bersinar-sinar. Dia terus menikam lelaki zalim itu dengan lembing. Api bernyala-nyala keluar tempat lelaki zalim itu mati.Si pemikul barang yang sedang bersolah terus sujud dan bersyukur kepada Allah SWT.

Setelah selesai solah dia berlari kearah penunggang kuda tersebut dan bertanya,''Demi kerana Allah SWT beri tahulah saya, Siapakah tuan dan bagaimana tuan boleh datang ke sini?. Orang itu menjawab,''Saya adalah hamba kepada (Allah SWT yang berfirman) maksudnya ( yang kini hamba Allah SWT yang menyahut seruan orang yang di zalimi ).

Selasa, 3 Julai 2012

POHON SEMALU


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon
semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil.

Wallahu A'lam

Isnin, 2 Julai 2012

RASULULLAH SAW DENGAN PENGEMIS BUTA


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Sabtu, 23 Jun 2012

HAMBA ALLAH YANG SEBENAR

Pada suatu hari, Wahab bin Munabih meminpin Ibu Abbas R.anhu yang telah tua dan kehilangan penglihatannya ke MasjidilHaram. Sampai disana, Ibnu Abbas mendengar beberapa orang sedang berbual-bual dengan suara yang lantang. Lalu dia diminta di bawa kehadapan orang yang sedang berbual itu.

Selepas memberi salam, Ibnu Abbas pun berkata, izinkan aku menceritakan perihal hamba-hamba yang sebenar. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah sungguh pun mereka tidak bisu dan sebaliknya mengunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana terlalu memuji-muji Allah, maka mereka tidak dapat memperkatakan sedemikian rupa ( berbual kosong dengan suara yang kuat ), Lalu mereka bersegera ( bercakap dan melakukan ) kearah kebaikan. Mengapa kamu sekalian telah menyeleweng dari jalan ini ?

Wahab bin Munabih berkata'' Selepas pertiswa itu, aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidilharam   ( untuk berbual kosong, apa lagi bertengkar ).''

Jumaat, 22 Jun 2012

TAKUT KEPADA ALLAH SAHAJA

Suatu petang sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah tiba-tiba menjadi gempar. Mereka bertempiaran lari menyembunyikan diri.

Apakah yang sedang berlaku? Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut melihat Saidina Umar R.anhu sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil ini berasa gerun kepada Umar R.anhu yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. Namun dalam kekalutan itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari, bahkan terus bermain seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Saidina Umar R.anhu berasa kagum melihat keberanian budak tersebut, lalu beliau pun bertanya.''Mengapa
engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?''

Budak lelaki itu menjawab dengan berani,''Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja, bukan pada manusia.''

''Siapa nama mu?''

''Abdullah bin Zubir.''

Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Asma binti Abu Bakar, sahabat karib Nabi yang juga Khalifah pertama selepas kewafatan baginda. Hasil didikan ibunya, bila Abdullah dewasa, beliau menjadi seorang abid dan munjahid

Ahad, 17 Jun 2012

PENDERITAAN HAZRAT KHABBAB BIN AL-ARATT

Hazrat Khabbab R.anhu ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dasyat di jalan Allah SWT. Beliau telah memeluk islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, beliau menangung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau di pakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau di baringkan diatas pasir panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada berlakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau adalah hamba pada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa dengan Nabi SAW maka sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Hazrat Khabbab R.anhu.

Setelah beberapa lama belalu, iaitu semasa zaman pemerintahan Hazrat Umar R.anhu beliau telah ditanya oleh Hazrat Umar R.anhu secara terperinci tentang segala penderitaannya yang telah dialaminya. Beliau berkata,''Lihatlah berlakang saya.''Setelah melihat berlakang berliau, Hazrat Umar R.anhu berkata,''Saya tidak pernah melihat berlakang sebegini.''

Kemudian Hazrat Khabbab R.anhu berkata.''Saya telah diletak dibawah bara api lalu di heret. Lemak dan darah di belakang badan saya telah memadamkan bara api tersebut.''

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut beliau masih tetap menangis walaupun islam telah maju dan pintu kemenangan telah terbuka. Beliau berkata.''Saya berlindung dengan Allah SWT daripada dia mengajarkan segala penderitaan kita di dunia ini lagi.''

Hazrat Khabbab R.anhu meriwayatkan,''Pada suatu ketika, Nabi Muhammad SAW telah mendirikan satu solah yang panjang, tidak seperti biasa. Para sahabat R.anhuma telah bertanya tentang solah itu, Rasulullah SAW menjawab.''Itu ialah solah harapan dan ketakutan. Dalam solah tadi saya telah membuat tiga permohonan pada Allah SWT. Dua dari permohonan itu telah di terima satu di tolak. Saya bermohon supaya seluruh umat saya tidak binasa dalam kebuluran permohonan ini telah dikabulkan. Kedua, saya telah bermohon supaya seluruh umat saya tidak di kuasai oleh musuh yang akan memusnahkan mereka semua sekali, permohonan ini juga telah dikabulkan. Ketiga, saya telah berdoa supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri, permohonan ini tidak diterima.''

Hazrat Khabbab telah meninggal dunia pada tahun  37 Hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama yang di kebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia Hazrat Ali R.anhu telah berdiri disisi kuburnya sambil berkata,'' Semoga Allah SWT mencurah kerahimannya keatas Hazrat Khabbab R.anhu. Beliau telah memeluk islam dengan kerelaan sendiri, setelah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau juga telah menangung segala penderitaan dengan tabah. Semoga Allah SWT memberkati orang yang sentiasa mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi perhisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah mengembirakan tuhannya.''
(Asadul Ghabah)

Keterangan

Sememangnya berusaha untuk mengembirakan Allah SWT telah menjadi intisari kehidupan para sahabat R.anhu. Setiap perkejaan mereka hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.