Jaafar bin Sulaiman rah berkata ''Satu ketika semasa berjalan di Basrah
bersama Hadrat Malik bin Dinar rah kami melihat satu mahligai yang
besar sedang dalam pembinaan. Seseorang pemuda sambil duduk memberi
arahan kepada pekerja-pekerjanya. Hadrat Malik bin Dinar rah berkata
kepada saya,'' Lihatlah betapa kacak pemuda ini! Tetapi dia sedang
terlibat dalam urusan tidak berguna. Aku rasa terdesak untuk berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan pemuda ini dari urusan sia-sia ini
dan menjadikan hambanya yang mukhlis. Alangkah baiknya jika ia menjadi
salah seorang dari pemuda-pemuda di syurga! Mari kita jumpa pemuda
itu.'' Jaafar rah berkata bahawa mereka berdua telah pergi kepada pemuda
itu lalu mengucap salam kepadanya. Pemuda itu menjawab salam kami. Dia
mengetahui tentang Hadrat Malik bin Dinar rah, tetapi ketika itu beliau
masih belum mengenalinya. Selepas beberapa lama apabila datang dia dapat
mengenalinya maka dengan serta merta dia berdiri lalu berkata,'' Sila
duduk. Bagaimana tuan datang kemari? Betapa tuahnya kami kedatangan
tuan!'' Malik bin Dinar rah berkata,'' Berapakah yang kamu berlanjakan
untuk pembinaan ini?'' Dia menjawab,'' Seratus ribu dirham.'' Malik rah
berkata,'' Wang seratus ribu dirham itu kamu berilah kepadaku, maka aku
akan mengambil tangungjawab dan memberi jaminan bahawa kamu akan diberi
satu mahligai yang berlipat kali ganda lebih baik dari ini dalam syurga .
Khadam-khadam yang ramai, khemah dan kubah dari Yaqut merah dan
nikmat-nikmat syurga yang lain-lainnya akan menjadi milik kamu.
Dindingnya dari mutiara, lantainya dari Jaafran dan cantuman dindingnya
dari kasturi . Mahligai itu sentiasa akan berbau harum dan tidak
sekali-sekali menjadi buruk. Mahligai itu bukanlah dibina oleh
tukang-tukang pembinaan tetapi ia wujud dengan perintah Allah Kun yakni
jadilah'.
''Pemuda itu meminta,'' Tolonglah berikan masa kepada
saya untuk memikirkan perkara itu pada malam ini. Esok pagi saya akan
memberi pandangan saya.'' Hadrat Malik bin Dinar rah pulang ke rumahnya.
Pada sepanjang malam itu beliau berfikir untuk pemuda itu. Ketika
hujung malam beliau telah berdoa untuknya sambil menangis. Selepas solat
subuh kami pergi sekali lagi kepadanya. Pemuda itu sedang menunggu kami
di pintu. Dia bergembira melihat Hadrat Malik bin Dinar rah. Hadrat
Malik bin Dinar bertanya,'' Apakah pendapat kamu mengenai apa yang aku
cadangkan kelmarin?'' Dia bertanya, Apakah tuan bersedia untuk
menyempurnakan apa yang dijanjikan oleh tuan?'' Beliau menjawab,'' Tentu
tiada syak lagi,'' Maka dia membawa satu uncang berisi seratus ribu
dirham dan kertas serta pena untuk di tulis.
Hadrat Malik bin
Dinar rah menulis di kertas itu, bismillahhirohmannirrohim.
Seterusnya beliau menulis,'' Dengan ini saya Malik bin Dinar berjanji
bahawasanya si anu bin si anu akan mendapat satu mahligai bersifat
begini begini ( beliau menulis semua ciri-ciri mahligai itu di syurga
seperti yang beliau telah ceritakan kelmarin ). Bahkan dia akan
memperolehi kedudukan perhampiran Allah Taala.'' Surat jaminan itu
beliau telah serahkan kepada pemuda itu lalu mengambil uncang berisi
seratus ribu dirham dan membawa pulang. Pada sebelah petang hari itu
juga kesemua wang seratus ribu dirham telah habis di bahagikannya
sebagai sedekah sehingga tidak ketinggalan apa-apa walaupun untuk
membeli makanan.
Selepas itu telah berlalu empat puluh
hari.Satu pagi Malik bin Dinar rah mengimami solat subuh di Masjid.
Setelah selesai solat beliau telah melihat sepucuk kertas di mihrab.
Beliau mengambil dan melihat bahawa ianya adalah surat jaminan yang
telah beliau berikan kepada pemuda itu. Tetapi di atasnya ada tambahan
tulisan tidak berdakwat yang terang boleh dibaca,'' Aku melepaskan Malik
bin Dinar dari tangungjawab jaminan ini, sebab aku berikan si anu bin
si anu satu mahligai di syurga penuh dengan semua nikmat-nikmat yang
dituliskannya, bahkan tujuh puluh kali ganda lebih daripadanya.''Setelah
membacanya tulisan itu beliau tersangat kagum sehingga tidak dapat
bergerak atau bercakap beberapa lama. Selepas itu beliau pergi ke rumah
pemuda itu. Apabila tiba , beliau mendapati ada tanda-tanda kesedihan
dan juga kedengaran suara tangisan di rumah itu . Bertanya kami telah di
beritahu bahawa baru kelmarin pemuda itu sudah meninggal dunia.
Malik bin Dinar rah bertanya,'' Siapakah yang telah memandikan dan
mengapani mayatnya?'' Maka orang yang dimaksudkan itu telah pun
dipanggil dan diminta menceritakan semua peristiwa yang berlaku. Dia
berkata, ''sebelum meninggal dunia beliau telah memberi sepucuk kertas
kepada saya lalu mewasiatkan agar saya meletakkan kertas itu antara
kapan dan tubuh mayatnya. Saya pun telah membuat sebagaimana
wasiatnya.'' Hadrat Malik bin Dinar rah telah mengeluarkan kertas yang
beliau jumpai di mihrab masjid dan sebelum sempat beliau berkata apa-apa
orang itu berkata, ''Wallah! Inilah kertas yang saya telah letak di
dalam kapannya.'' Setelah memerhatikan kesemua peristiwa itu maka salah
seorang pemuda telah mendekati Dinar bin Malik rah lalu berkata,'' Tuan
Syaikh, saya hendak memberikan dua ratus ribu dirham. Tolong tuliskan
satu kertas lagi untuk saya.'' Beliau berkata .'' Peluang itu telah
terlepas jauh! Allah membuat apa sahaja yang di kehendakinya .'' Selepas
itu bila-bila masa sahaja beliau teringat peristiwa itu, maka beliau
akan menceritakan kisah itu sambil menangis dan mendoakan untuk pemuda
itu. [ RAWDH]
Terdapat banyak lagi peristiwa seperti ini
mengenai orang-orang warak apabila dalam keadaan semangat sesuatu
perkataan terkeluar dari mulut mereka, maka Allah swt telah
menjadikannya satu kenyataan begini. Baginda Rasulullah saw pernah
bersabda bahawa kadangkala kelihatan setengah-setengah orang yang
rambutnya tidak terurus, badan pun berdebu dihalau orang dari pintu
rumah, tidak dipedulikan orang. Tetapi jika mereka bersumpah dengan nama
Allah maka ia menyempurnakannya [RAWDH]
Dari buku FADHILAT SEDEKAH jilid 1 dan 2 m/s 1083
Siti Aisyah r.ha melihat Rasulullah sedang tidur..kemudian,apabila beliau mendekati Rasulullah,di telapak tangan Baginda terasa air yang suam..kemudian Aisyah r.ha menyedari bahawa Rasulullah SAW sebenarnya masih belum tidur,sebaliknya sedang menangis mengenangkan Ummatnya.
Ahad, 14 April 2013
Sabtu, 6 April 2013
JANGAN AMBIL KISAH
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah
masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya
mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang
pun berkata, "Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, sedangkan
anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan
desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya lalu
diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat hal yang demikian, maka
orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki
sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak
itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus
naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian
orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu! Dua orang menaiki seekor
himar, kesian himar itu disiksa."
Oleh kerana tidak suka
mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar
itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Apalah punya pandai
orang tua dan si anak itu, dah ada himar pon masih nak berjalan kaki,
kenapa tak menunggang himar itu?"
Dalam perjalanan mereka dua
beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya
tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada
terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal
tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya
dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada
anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu
tidak menjadi FAKIR. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan
tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang
agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang
kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada
tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan
meringan-ringankannya."
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk menempuh kehidupan seharian.
Langgan:
Catatan (Atom)