Rabu, 5 September 2012

JANGAN KHUATIRKAN BAPAMU DI BUNUH JANGAN KHUATIRKAN APA-APA KEHINAAN

Hadrat Munib ra berkata bahawa: Aku pernah melihat Rasulullah saw pada zaman jahiliyah bilamana baginda bersabda : Wahai manusia !, Katakanlah ''La ilaha illallah'', Kamu akan berjaya.

Aku melihat orang ramai ; diantara mereka ada yang meludahi wajah baginda , ada yang menabur tanah di atas baginda dan ada pula yang memaki baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari.

Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu baginda telah membasuh muka dan kedua-kedua tangan baginda dan baginda telah bersabda : ''Wahai anakku!, Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan di bunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan''. 

Aku telah bertanya : Siapakah budak ini? Orang ramai telah menjawab bahawa ia adalah puteri baginda, Hadrat Zainab r.ha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang sangat cantik. (HR TABRANI MAJMUZ ZAWAAID)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.