Para sahabat sangat mengambil berat terhadadap solah berjemaah. Sehingga orang yang sakit akan dicuba sedaya upaya untuk menyertai solah berjemaah, walaupun terpaksa dibantu oleh dua orang.
Sudah semestinya mereka mengambil berat terhadap solah berjemaah kerana junjunga mereka dan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW sendiri melakukan sedemikian rupa ketika hampir wafat, baginda SAW berkali-kali pengsan kerana sakit tenat.
Baginda SAW berulang kali meminta air untuk berwhuduk, akhirnya baginda SAW dapat berwhuduk dengan sempurna, oleh kerana tidak terdaya berjalan sendiri, dengan penuh kesusahan dan kepayahan baginda SAW pergi ke masjid dengan dibantu oleh Hazrat Abbas R.anhu dan seorang sahabat yang lain.
Hazrat Abu Bakar R.anhu telah mengimami solah kerana mentaati arahan Rasulullah SAW dan baginda SAW pun turut menyertai solah berjemaah itu.
Hazrat Abu Darda R.anhu berkata,''Aku mendengar Rasulullah SAW berkata,''Beribadat kepada Allah SWT seolah-olah dia berada dihadapan kamu dan kamu sedang melihatnya. Angaplah dirimu dikalangan mereka yang telah mati (jangan sekali-kali menganggap diri kamu di kalangan orang yang hidup maka dengan itu kamu takkan bergembira @ sedih kerana sesuatu sebab perlihara diri kamu dari doa ''yang tidak baik'') daripada orang yang dizalimi dan sesiapa yang mampu menunaikan solah isyak dan subuh secara berjemaah tunaikanlah walaupun kamu terpaksa merangkak untuk mengerjakan solah tersebut.
''Dalam sebuah hadith dinyatakan solah isyak dan subuh amatlah berat bagi orang munafik. Kalau mereka mengetahui betapa besarnya ganjaran pahala berjemaah sudah tentu mereka akan ke masjid walaupun terpaksa merangkak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.