Ahad, 17 Jun 2012

PENDERITAAN HAZRAT KHABBAB BIN AL-ARATT

Hazrat Khabbab R.anhu ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dasyat di jalan Allah SWT. Beliau telah memeluk islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, beliau menangung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau di pakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau di baringkan diatas pasir panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada berlakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau adalah hamba pada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa dengan Nabi SAW maka sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Hazrat Khabbab R.anhu.

Setelah beberapa lama belalu, iaitu semasa zaman pemerintahan Hazrat Umar R.anhu beliau telah ditanya oleh Hazrat Umar R.anhu secara terperinci tentang segala penderitaannya yang telah dialaminya. Beliau berkata,''Lihatlah berlakang saya.''Setelah melihat berlakang berliau, Hazrat Umar R.anhu berkata,''Saya tidak pernah melihat berlakang sebegini.''

Kemudian Hazrat Khabbab R.anhu berkata.''Saya telah diletak dibawah bara api lalu di heret. Lemak dan darah di belakang badan saya telah memadamkan bara api tersebut.''

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut beliau masih tetap menangis walaupun islam telah maju dan pintu kemenangan telah terbuka. Beliau berkata.''Saya berlindung dengan Allah SWT daripada dia mengajarkan segala penderitaan kita di dunia ini lagi.''

Hazrat Khabbab R.anhu meriwayatkan,''Pada suatu ketika, Nabi Muhammad SAW telah mendirikan satu solah yang panjang, tidak seperti biasa. Para sahabat R.anhuma telah bertanya tentang solah itu, Rasulullah SAW menjawab.''Itu ialah solah harapan dan ketakutan. Dalam solah tadi saya telah membuat tiga permohonan pada Allah SWT. Dua dari permohonan itu telah di terima satu di tolak. Saya bermohon supaya seluruh umat saya tidak binasa dalam kebuluran permohonan ini telah dikabulkan. Kedua, saya telah bermohon supaya seluruh umat saya tidak di kuasai oleh musuh yang akan memusnahkan mereka semua sekali, permohonan ini juga telah dikabulkan. Ketiga, saya telah berdoa supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri, permohonan ini tidak diterima.''

Hazrat Khabbab telah meninggal dunia pada tahun  37 Hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama yang di kebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia Hazrat Ali R.anhu telah berdiri disisi kuburnya sambil berkata,'' Semoga Allah SWT mencurah kerahimannya keatas Hazrat Khabbab R.anhu. Beliau telah memeluk islam dengan kerelaan sendiri, setelah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau juga telah menangung segala penderitaan dengan tabah. Semoga Allah SWT memberkati orang yang sentiasa mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi perhisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah mengembirakan tuhannya.''
(Asadul Ghabah)

Keterangan

Sememangnya berusaha untuk mengembirakan Allah SWT telah menjadi intisari kehidupan para sahabat R.anhu. Setiap perkejaan mereka hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.