Sabtu, 30 Jun 2012

15 AZAB BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAH.

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah SWT akan mengurniakan lima keistimewaan. Pertama akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. Kedua akan dihindarkan daripada azab kubur. Ketiga akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Keempat akan melintasi titian sirat sepantas kilat dan kelima akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sesiapa meringan-ringankan solah, Allah SWT akan menyeksanya dengan lima belas seksaan. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meninggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur. Seksaan semasa di dunia ialah, pertama, dicabut keberkatan umurnya, kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya, ketiga, Allah SWT tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya, keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima), kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah, pertama, dia akan mati dalam keadaan hina, kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar dan ketiga dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika diberi minum air sebanyak lautan didunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika didalam kubur ialah, pertama, kubur akan meghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain, kedua, api akan dinyalakan didalam kuburnya dia akan dibalik-balikan diatas bara api siang dan malam, ketiga, seekor ular yang besar bernama (Ashsyuja Ul Aqra)
akan dilepaskan keatasnya. Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, ''aku Ashsyuja Ul Aqra. Aku diperintahkan tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar, kerana meninggalkan solat asar hingga mahgrib, kerana meninggalkan solat mahgrib hingga isyak, kerana meninggalkan solat isyak hingga subuh.''Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan tengelam didalam bumi sejauh tujuh puluh hasta. Dia akan diazab berterusan didalam kubur sehingga hari kiamat.

Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di pandang mahsyar ialah pertama, penghisabannya amat berat, kedua, dia di murkai Allah SWT dan ketiga dia akan dimasukkan kedalam neraka. (dalam hadith ini hanya disebutkan empat belas seksaan, tidak mengcukupi bilangan lima belas, mungkin perawi terlupa). Dalam satu riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan. Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah SWT. Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah SWT. Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah SWT, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT.

Selasa, 26 Jun 2012

JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan sebagai :

MAKMUN SOLAT JEMAAH

PENDAPATAN LUMAYAN
27 x ganda pahala 5 x sehari

ELAUN PERJALANAN
1 langkah ke Masjid@Surau 1 pahala, di hapuskan 1 dosa dan diangkat satu darjat

ELAUN MINGGUAN
Khutbah Jumaat istimewa di samping kuliah-kuliah Mahgrib
Pelbagai lagi faedah dan elaun menarik menanti anda

KELAYAKAN
Beragama Islam, Baligh lagi berakal waras, Lelaki di utamakan tidak uzur syarie

HADIR TEMUDUGA TERBUKA PADA:

a. Mahgrib
b. Isyak
c. Subuh
d. Zuhur
e. Asar

TARIKH TUTUP


Sebelum mati @ kiamat

Ahad, 24 Jun 2012

COUPLE ADALAH HARAM


Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…
Bagaimana ingin mengelakkan semua ini? Ianya dipanggil Ta’aruf. Lihat video sedutan dari Ayat-ayat Cinta ini segalanya jelas telah disampaikan.





Dari Blog Oh! Islam

Sabtu, 23 Jun 2012

HAMBA ALLAH YANG SEBENAR

Pada suatu hari, Wahab bin Munabih meminpin Ibu Abbas R.anhu yang telah tua dan kehilangan penglihatannya ke MasjidilHaram. Sampai disana, Ibnu Abbas mendengar beberapa orang sedang berbual-bual dengan suara yang lantang. Lalu dia diminta di bawa kehadapan orang yang sedang berbual itu.

Selepas memberi salam, Ibnu Abbas pun berkata, izinkan aku menceritakan perihal hamba-hamba yang sebenar. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah sungguh pun mereka tidak bisu dan sebaliknya mengunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana terlalu memuji-muji Allah, maka mereka tidak dapat memperkatakan sedemikian rupa ( berbual kosong dengan suara yang kuat ), Lalu mereka bersegera ( bercakap dan melakukan ) kearah kebaikan. Mengapa kamu sekalian telah menyeleweng dari jalan ini ?

Wahab bin Munabih berkata'' Selepas pertiswa itu, aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidilharam   ( untuk berbual kosong, apa lagi bertengkar ).''

Jumaat, 22 Jun 2012

TAKUT KEPADA ALLAH SAHAJA

Suatu petang sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah tiba-tiba menjadi gempar. Mereka bertempiaran lari menyembunyikan diri.

Apakah yang sedang berlaku? Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut melihat Saidina Umar R.anhu sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil ini berasa gerun kepada Umar R.anhu yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. Namun dalam kekalutan itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari, bahkan terus bermain seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Saidina Umar R.anhu berasa kagum melihat keberanian budak tersebut, lalu beliau pun bertanya.''Mengapa
engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?''

Budak lelaki itu menjawab dengan berani,''Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja, bukan pada manusia.''

''Siapa nama mu?''

''Abdullah bin Zubir.''

Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Asma binti Abu Bakar, sahabat karib Nabi yang juga Khalifah pertama selepas kewafatan baginda. Hasil didikan ibunya, bila Abdullah dewasa, beliau menjadi seorang abid dan munjahid

Selasa, 19 Jun 2012

JANGAN JADI SEMUT KECIL



Dua penyakit yang boleh menyebabkan manusia binasa iaitu TAKABUR (sombong) dan UJUB  ( merasa hebat dengan kelebuhan diri). Dua perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 23, ‘’Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang sombong.’’  Bahkan Allah menegaskan ,’’ Sesungguhnya orang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk nereka jahanam dengan hinanya.’’-Surah al-Mukmin ayat 60.

Bahkan itu sahaja, Rasulullah SAW menyifatkan orang yang sombong ibarat semut kecil yang akan diinjak oleh manusia di akhirat kelak. Abu Hurairah mengatakan, Nabi SAW bersabda,’’Orang yang sombong, keras kepala dan takabur akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut kecil yang diinjak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka kepada Allah.’’

Sabda Rasulullah SAW lagi,’’Barang siapa yang berpisah nyawanya dengan tubuhnya, dan dia terlepas dari tiga perkara, nescaya akan masuk syurga iaitu, sombong hutang dan iri hati.’’ 

Isnin, 18 Jun 2012

SEORANG LELAKI YANG JUJUR DAN BERAKHLAK MULIA MASUK NERAKA KERANA SEORANG WANITA MISKIN


Diriwayatkan dari seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di kota Mekah. Apabila tiba hari untuk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1,000 dinar kepada seorang lelaki yang diketahui olehnya seorang lelaki yang jujur dan berakhlak mulia. Selesai menyempurnakan rukun-rukun hajinya, lelaki berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk menuntut kembali wangnya. Malangnya, dia diberitahu oleh ahli keluarga lelaki tersebut, bahawa dia telah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan lalu bertanya tentang harta yang diamanahkan olehnya kepada lelaki berkenaan. Sekali lagi hampa apabila, keluarga lelaki itu tidak tahu menahu.

Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangan tentang hartanya yang tidak diperoleh kerana lelaki yang diamanahkan tersebut telah meninggal dunia. Lalu jawab ulama itu,'' pergilah kamu ke telaga zamzam malam ini dan pangillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya.''

Malam tiba dan orang kaya tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapannya. Dia memanggil-manggil nama lelaki tersebut namun tidak ada jawapan. Keesokan harinya, orang kaya itu bertemu kembali ulama berkenaan lalu diceritakan kisah tersebut.

Ulama itu berkata lagi kepadanya,''Pergilah kamu ke Yemen dan carilah perigi Barhut yang dikatakan sebagai mulut neraka jahanan.''Tanpa melengahkan masa, orang tersebut pergi ke tempat yang diarahkan. Lalu dia memanggil-manggil nama lelaki yang diamanahkannya. Tiba-tiba suara itu menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanyakan, kemana hartanya disimpan. Lalu dijawab oleh lelaki amanah itu,''Pergilah di suatu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa sekali pun, sekali pun anakku. Galilah di situ kamu akan menjumpai dinar mu.''

Sebelum meninggalkan suara berkenaan , lelaki kaya itu bertanya lagi,''kenapa kamu ditempatkan disini sedangkan kamu adalah orang yang baik.'' Lalu dijawab,''Aku mempunyai saudara perempuan yang miskin tetapi aku tidak mengendahkannya apatah lagi untuk mengambil tahu tentang keadannya. Kerana itu Allah menyeksaku aku di neraka jahanam.''

MORAL CERITA: Jangan sekali-kali memutuskan silaturahim sesama manusia apatah lagi dengan ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW bersabda ,''Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.''

KESAN DARI MARAH


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Ahad, 17 Jun 2012

PENDERITAAN HAZRAT KHABBAB BIN AL-ARATT

Hazrat Khabbab R.anhu ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dasyat di jalan Allah SWT. Beliau telah memeluk islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, beliau menangung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau di pakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau di baringkan diatas pasir panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada berlakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau adalah hamba pada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa dengan Nabi SAW maka sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Hazrat Khabbab R.anhu.

Setelah beberapa lama belalu, iaitu semasa zaman pemerintahan Hazrat Umar R.anhu beliau telah ditanya oleh Hazrat Umar R.anhu secara terperinci tentang segala penderitaannya yang telah dialaminya. Beliau berkata,''Lihatlah berlakang saya.''Setelah melihat berlakang berliau, Hazrat Umar R.anhu berkata,''Saya tidak pernah melihat berlakang sebegini.''

Kemudian Hazrat Khabbab R.anhu berkata.''Saya telah diletak dibawah bara api lalu di heret. Lemak dan darah di belakang badan saya telah memadamkan bara api tersebut.''

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut beliau masih tetap menangis walaupun islam telah maju dan pintu kemenangan telah terbuka. Beliau berkata.''Saya berlindung dengan Allah SWT daripada dia mengajarkan segala penderitaan kita di dunia ini lagi.''

Hazrat Khabbab R.anhu meriwayatkan,''Pada suatu ketika, Nabi Muhammad SAW telah mendirikan satu solah yang panjang, tidak seperti biasa. Para sahabat R.anhuma telah bertanya tentang solah itu, Rasulullah SAW menjawab.''Itu ialah solah harapan dan ketakutan. Dalam solah tadi saya telah membuat tiga permohonan pada Allah SWT. Dua dari permohonan itu telah di terima satu di tolak. Saya bermohon supaya seluruh umat saya tidak binasa dalam kebuluran permohonan ini telah dikabulkan. Kedua, saya telah bermohon supaya seluruh umat saya tidak di kuasai oleh musuh yang akan memusnahkan mereka semua sekali, permohonan ini juga telah dikabulkan. Ketiga, saya telah berdoa supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri, permohonan ini tidak diterima.''

Hazrat Khabbab telah meninggal dunia pada tahun  37 Hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama yang di kebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia Hazrat Ali R.anhu telah berdiri disisi kuburnya sambil berkata,'' Semoga Allah SWT mencurah kerahimannya keatas Hazrat Khabbab R.anhu. Beliau telah memeluk islam dengan kerelaan sendiri, setelah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau juga telah menangung segala penderitaan dengan tabah. Semoga Allah SWT memberkati orang yang sentiasa mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi perhisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah mengembirakan tuhannya.''
(Asadul Ghabah)

Keterangan

Sememangnya berusaha untuk mengembirakan Allah SWT telah menjadi intisari kehidupan para sahabat R.anhu. Setiap perkejaan mereka hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.



Sabtu, 16 Jun 2012

PENTING SOLAH BERJEMAAH

Para sahabat sangat mengambil berat terhadadap solah berjemaah. Sehingga orang yang sakit akan dicuba sedaya upaya untuk menyertai solah berjemaah, walaupun terpaksa dibantu oleh dua orang.

Sudah semestinya mereka mengambil berat terhadap solah berjemaah kerana  junjunga mereka dan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW sendiri melakukan sedemikian rupa ketika hampir wafat, baginda SAW berkali-kali pengsan kerana sakit tenat.

Baginda SAW berulang kali meminta air untuk berwhuduk, akhirnya baginda SAW dapat berwhuduk dengan sempurna, oleh kerana tidak terdaya berjalan sendiri, dengan penuh kesusahan dan kepayahan baginda SAW pergi ke masjid dengan dibantu oleh Hazrat Abbas R.anhu dan seorang sahabat yang lain.

Hazrat Abu Bakar R.anhu telah mengimami solah kerana mentaati arahan Rasulullah SAW dan baginda SAW pun turut menyertai solah berjemaah itu.

Hazrat Abu Darda R.anhu berkata,''Aku mendengar Rasulullah SAW berkata,''Beribadat kepada Allah SWT seolah-olah dia berada dihadapan kamu dan kamu sedang melihatnya. Angaplah dirimu dikalangan mereka yang telah mati (jangan sekali-kali menganggap diri kamu di kalangan orang yang hidup maka dengan itu kamu takkan bergembira @ sedih kerana sesuatu sebab perlihara diri kamu dari doa ''yang tidak baik'') daripada orang yang dizalimi dan sesiapa yang mampu menunaikan solah isyak dan subuh secara berjemaah tunaikanlah walaupun kamu terpaksa merangkak untuk mengerjakan solah tersebut.

''Dalam sebuah hadith dinyatakan solah isyak dan subuh amatlah berat bagi orang munafik. Kalau mereka mengetahui betapa besarnya ganjaran pahala berjemaah sudah tentu mereka akan ke masjid walaupun terpaksa merangkak.

BILA AKU JAHIL DULU KAU TAK TEGUR.... BILA DAH BERUBAH KAU DATANG NAK TEGUR PULA

Ini kisah pengalaman ana duduk dalam satu bayan semasa Ghast pertama kami. Semasa itu Allah telah hantar seorang pembayan dari luar seorang pegawai tentera berhenti bekas comandan di suatu pusat latihan dalam tentera darat.

Salah satu kata yang ana tak boleh lupa...

hamba Allah ni kata dulu sebelum dia dapat usaha ni Tabligh. Dia sering merayau-merayau tak duduk rumah tak solah sehinggakan mengaji pun tak tahu. Pada suatu hari hamba Allah didatangi seorang kenalan lama orang Tabligh mengajak dia keluar. Hamba Allah ni pun terkesan .

Mulalah dia keluar 3 hari berulang-rulang kali selepas tu 40 hari datang lah perubahan pada diri dah mula solah lima waktu di masjid dah boleh mengaji .

Suatu hari tu hamba Allah ni di ziarahi oleh keluarga sebelah isteri boleh dikatakan orang alim mula menegur kerana dia beliau dah mula pandai meninggalkan anak isteri...

''jawab dia hamba Allah ni. Kau nak tengok aku solah ke @ x solah? Kau nak tengok macam dulu merayau-rayau ke @ macam sekarang duduk dalam rumah?''

''Kau nak aku macam sekarang ni.... dah boleh mengaji @ aku macam dulu mengaji pun tak tahu.?''

 ''Apa jawab iparnya abang teruskanlah..''

Selepas tu dia kata kenapa dulu aku tak solah kau tak tegur aku?

Kenapa dulu aku tak mengaji kau tak ajar aku mengaji?

kenapa sekarang ni aku dah berubah kau nak tegur aku pula!

Sebab aku meninggal anak isteri keluar 3hari, 40 hari.. bukan tak de berlanja.. cukup berlanja yang aku bagi..

Tuan yang di muliakan oleh Allah SWT bukan orang macam ni kita nak risaukan . Orang yang nak kita risau orang islam yang tak solah yang berada di pasar2 malam, shoping complex yang melepak , di karaoke berdua-duan bukan mahram.. orang macam ni kita kena jumpa cakap dengan dia penuh kasih sayang ajak kembali pada Allah.. insyaAllah ...

Nabi Daud AS bertanya pada Allah.''Ya Allah Siapakah orang paling dekat dengan mu Ya Allah'' ? Jawab Allah.'' Orang yang mengajak orang lain untuk dekat dengan aku dia adalah orang yang dekat dengan aku''. (Orang yang mengajak orang lain untuk dekat dengan Allah dialah orang paling dekat dengan Allah.) Pertanyaan Nabi Daud AS'' Ya Allah siapakah orang yang paling kau cintai? Jawab Allah''Orang mengajak orang lain untuk cinta pada aku dialah orang paling ku cintai''. (Jika ada orang mengaku cinta pada Allah tapi dia tak pernah mengajak orang untuk cinta pada Allah itu adalah cinta palsu.Jika betul dia cinta pada Allah dia akan mengajak orang lain untuk cintakan Allah.)

MUKA MASAM BERKELUH KESAH ADALAH PENGHUNI NERAKA

Abu Yazid Al-Busthami , pelapor sufi , pada suatu hari pernah didatangi seseorang lelaki wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.


Dengan murung lelaki itu mengadu ,''Tuan guru sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah . Orang lain sudah lelap saya masih bermunajat . Isteri saya belum bangun saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?

Jawab Abu Yazid,''Perbaiki penampilanmu dan ubah roman mukamu, kau tahu , Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tetap tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah salah satu tanda penghuni neraka mukanya masam yang membuat orang curiga kepadanya .



Lelaki itupun tertunduk . Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Sejak hari itu wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan di terima dengan sabar tanpa mengeluh. Alhamdulillah sesudah itu ia tidak pernah lagi berkeluh kesah..

AL ISLAM