Dua penyakit yang boleh menyebabkan manusia binasa iaitu
TAKABUR (sombong) dan UJUB ( merasa
hebat dengan kelebuhan diri). Dua perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Allah
dalam surah an-Nahl ayat 23, ‘’Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang
sombong.’’ Bahkan Allah menegaskan
,’’ Sesungguhnya orang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk
nereka jahanam dengan hinanya.’’-Surah al-Mukmin ayat 60.
Bahkan itu sahaja, Rasulullah SAW menyifatkan orang yang
sombong ibarat semut kecil yang akan diinjak oleh manusia di akhirat kelak. Abu
Hurairah mengatakan, Nabi SAW bersabda,’’Orang yang sombong, keras kepala dan
takabur akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut kecil yang
diinjak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka kepada Allah.’’
Sabda Rasulullah SAW lagi,’’Barang siapa yang berpisah
nyawanya dengan tubuhnya, dan dia terlepas dari tiga perkara, nescaya akan
masuk syurga iaitu, sombong hutang dan iri hati.’’