Siti Aisyah r.ha melihat Rasulullah sedang tidur..kemudian,apabila beliau mendekati Rasulullah,di telapak tangan Baginda terasa air yang suam..kemudian Aisyah r.ha menyedari bahawa Rasulullah SAW sebenarnya masih belum tidur,sebaliknya sedang menangis mengenangkan Ummatnya.
Isnin, 18 Jun 2012
SEORANG LELAKI YANG JUJUR DAN BERAKHLAK MULIA MASUK NERAKA KERANA SEORANG WANITA MISKIN
Diriwayatkan dari seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di kota Mekah. Apabila tiba hari untuk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1,000 dinar kepada seorang lelaki yang diketahui olehnya seorang lelaki yang jujur dan berakhlak mulia. Selesai menyempurnakan rukun-rukun hajinya, lelaki berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk menuntut kembali wangnya. Malangnya, dia diberitahu oleh ahli keluarga lelaki tersebut, bahawa dia telah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan lalu bertanya tentang harta yang diamanahkan olehnya kepada lelaki berkenaan. Sekali lagi hampa apabila, keluarga lelaki itu tidak tahu menahu.
Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangan tentang hartanya yang tidak diperoleh kerana lelaki yang diamanahkan tersebut telah meninggal dunia. Lalu jawab ulama itu,'' pergilah kamu ke telaga zamzam malam ini dan pangillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya.''
Malam tiba dan orang kaya tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapannya. Dia memanggil-manggil nama lelaki tersebut namun tidak ada jawapan. Keesokan harinya, orang kaya itu bertemu kembali ulama berkenaan lalu diceritakan kisah tersebut.
Ulama itu berkata lagi kepadanya,''Pergilah kamu ke Yemen dan carilah perigi Barhut yang dikatakan sebagai mulut neraka jahanan.''Tanpa melengahkan masa, orang tersebut pergi ke tempat yang diarahkan. Lalu dia memanggil-manggil nama lelaki yang diamanahkannya. Tiba-tiba suara itu menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanyakan, kemana hartanya disimpan. Lalu dijawab oleh lelaki amanah itu,''Pergilah di suatu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa sekali pun, sekali pun anakku. Galilah di situ kamu akan menjumpai dinar mu.''
Sebelum meninggalkan suara berkenaan , lelaki kaya itu bertanya lagi,''kenapa kamu ditempatkan disini sedangkan kamu adalah orang yang baik.'' Lalu dijawab,''Aku mempunyai saudara perempuan yang miskin tetapi aku tidak mengendahkannya apatah lagi untuk mengambil tahu tentang keadannya. Kerana itu Allah menyeksaku aku di neraka jahanam.''
MORAL CERITA: Jangan sekali-kali memutuskan silaturahim sesama manusia apatah lagi dengan ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW bersabda ,''Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.''
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.