Sabtu, 30 Jun 2012

15 AZAB BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAH.

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah SWT akan mengurniakan lima keistimewaan. Pertama akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. Kedua akan dihindarkan daripada azab kubur. Ketiga akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Keempat akan melintasi titian sirat sepantas kilat dan kelima akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sesiapa meringan-ringankan solah, Allah SWT akan menyeksanya dengan lima belas seksaan. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meninggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur. Seksaan semasa di dunia ialah, pertama, dicabut keberkatan umurnya, kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya, ketiga, Allah SWT tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya, keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima), kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah, pertama, dia akan mati dalam keadaan hina, kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar dan ketiga dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika diberi minum air sebanyak lautan didunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika didalam kubur ialah, pertama, kubur akan meghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain, kedua, api akan dinyalakan didalam kuburnya dia akan dibalik-balikan diatas bara api siang dan malam, ketiga, seekor ular yang besar bernama (Ashsyuja Ul Aqra)
akan dilepaskan keatasnya. Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, ''aku Ashsyuja Ul Aqra. Aku diperintahkan tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar, kerana meninggalkan solat asar hingga mahgrib, kerana meninggalkan solat mahgrib hingga isyak, kerana meninggalkan solat isyak hingga subuh.''Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan tengelam didalam bumi sejauh tujuh puluh hasta. Dia akan diazab berterusan didalam kubur sehingga hari kiamat.

Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di pandang mahsyar ialah pertama, penghisabannya amat berat, kedua, dia di murkai Allah SWT dan ketiga dia akan dimasukkan kedalam neraka. (dalam hadith ini hanya disebutkan empat belas seksaan, tidak mengcukupi bilangan lima belas, mungkin perawi terlupa). Dalam satu riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan. Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah SWT. Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah SWT. Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah SWT, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.