Sabtu, 21 Julai 2012

MASA SEPERTI PEDANG ANDAI ENGKAU TIDAK MEMOTONGNYA DIA AKAN MEMOTONGMU

Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara :

1 Tentang umurnya untuk apa dihabiskan,
2 Tentang masa muda untuk apa dipergunakan
3 Tentang hartanya daripada mana dia dapatkan dan berlanjakan
4 Tentang ilmu apa yang telah dia amalkan

Allah turut bersumpah dengan masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melaikan mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.






Pepatah Arab menyembut :

''MASA SEPERTI PEDANG. ANDAI ENGKAU TIDAK MEMOTONGNYA DIA AKAN MEMOTONGMU.''

Masa diumpamakan seperti pisau. Bersifat tajam, mampu memotong dan mencederakan. Andai digunakan pisau untuk kebaikan, beruntunglah manusia kerana berjaya mengambil manfaat darinya. Seandainya kita lalai dengan masa, maka masa akan membunuh kita dalam kerugian.

Sedarlah duhai teman, amat malang mereka culas dengan umur dan usia muda kerana ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Oleh itu, ayuh bangkit manfaatkan masa dan lestarikan usia muda berbekalkan suluhan iman.


Teks : Nurjihan Baharudin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.