Rabu, 18 Julai 2012

ALLAH JUGA SIMPAN AIB HAMBANYA

Kisah berlaku di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu hari, kaum Bani Israel di timpa musim kemarau yang berpanjangan. Tidak tahan dengan ujian itu, mereka berkumpul dan datang menemui Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s dan umatnya berdoa kepada Allah s.w.t. memohon hujan turun. Namun, keadaan tidak banyak berubah, langit tetap terang berderang, tidak ada tanda hujan akan turun. Lalu Allah s.w.t berfirman kepada Nabi Musa a.s, ujian yang diturunkan itu disebabkan salah seorang umatnya melakukan maksiat selama 40 tahun.

Lantas, Nabi Musa a.s meminta orang yang melakukan maksiat itu keluar menonjolkan diri kerana disebabkan oleh maksiat yang dilakukan, maka hujan tidak turun. Kebetulan, memang terdapat seorang lelaki yang sedar dialah yang dimaksudkan itu. Lalu berkata dalam hatinya,''Kalau aku keluar dihadapan manusia maka akan terbuka rahsia aku. Namun, jika aku tidak berterus terang, maka bala ini akan berpanjangan.''








Menyesali perbuatan dan dosa selama ini. Lalu beliau berdoa dan minta taubat kepada Allah s.w.t. Tidak lama selepas pengakuan taubat itu, hujan pun turun mengakhiri kemarau yang berpanjangan. Nabi Musa a.s berasa hairan lantas berdoa,''Ya Allah, engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tiada seorang pun yang keluar mengaku kesalahannya dihadapan kami.''

Lalu Allah s.w.t berfirman,''Hujan yang di turunkan disebabkan orang yang melakukan maksiat itu. Maka Nabi Musa a.s meminta Allah s.w.t menunjukkan si polan yang melakukan maksiat itu.''


Allah berfirman,''Ya Musa aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepadaku. Apakah aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaku.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.