Diriwayatkan daripada Hazrat Aishah R.anha katanya,''Pada suatu ketika Rasulullah SAW telah masuk ke rumah dan saya dapat merasakan daripada wajah Baginda SAW bahawa suatu perkara yang besar telah menimpanya. Baginda SAW telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda .
Baginda SAW telah duduk di atas mimbar lalu memuji dan memuja Allah SWT lantas bersabda,''Wahai manusia, sesungguhnya Allah SWT telah berfirman kepada kamu,''Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, Sebelum tiba masanya kamu berdoa kepada ku tetapi aku tidak akan menperkenankan doa kamu, kamu meminta kepada ku tetapi aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu mohon bantuan kepadaku (Terhadap musuhmu) tetapi aku tidak akan membantu kamu. Baginda SAW tidak menambah selain dari perkataan itu sehingga Baginda SAW turun dari mimbar'' (Hadith Riwayat Ibnu Hibban dan kitab sahihnya Ibnu Majah)
Keterangan
Mereka yang berfikir bahawa penentangan terhadap musuh-musuh islam adalah dengan bertolenrasi dan berlebih kurang dalam masalah agama hendaklah benar-benar memikirkan kandungan hadith ini. Pertolongan dan bantuan untuk orang islam adalah tersembunyi dalam keteguhan amalan agama. Hazrat Abu Darda R.anhu, salah seorang sahabat yang unggul berkata ,''Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, kalau tidak Allah SWT akan membangkitkan seorang Raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang tua kamu dan tidak akan menaruh belas kasihan kepada yang muda-muda di kalangan kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh di kalangan kamu pun tidak akan diterima. Kamu inginkan bantuan tetapi bantuan tidak akan diberikan . Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan diampuni.''Allah SWT sendiri berfirman:
''Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.'' (Muhammad :7)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:
Jika Allah SWT menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka apakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah SWT ? Dan ingatlah, kepada Allahlah jua orang yang beriman itu berserah diri.'' ( Ali Imran: 160)
Dalam kitab Durre Manthur melalui riwayat Tarmizi dan lain-lain, ada hadith yang diriwayatkan oleh Hazrat Huzaifah R.anhu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,''Demi dia yang nyawaku di tangannya, hendaklah kamu menyuruh orang ramai supaya berbuat baik dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Jika tidak Allah SWT akan menurunkan azab ke atas kamu dan kemudian kamu akan berdoa kepadanya tetapi dia tidak akan memperkenankan doa kamu.'' (Di petik dari kitab at-targhib hadith riwayat Tarmizi)
Di sini cubalah tuan-tuan renungkan berapa banyak perintah Allah SWT yang telah kita langgar? Selepas itu barulah kita akan mengetahui mengapa usaha kita tidak mendatangkan hasil dan mengapadoa kita tidak memberi kesan? Adakah kita menyemai benih kemajuan atau kemerosotan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.