Memaparkan catatan dengan label DAKWAH DAN TABLIGH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAKWAH DAN TABLIGH. Papar semua catatan

Selasa, 25 September 2012

PEMBURU DIKEJAR HARIMAU


Seorang pemburu masuk ke tengah-tengah hutan tiba-tiba muncul seekor harimau yang berniat membahamnya. Lalu harimau itu mengejarnya dan pemburu itu pun memecut sekuat tenaga (walaupun dia tahu mustahil boleh lawan kelajuan harimau) dengan larian langkah seribu.

Semasa cuba melarikan diri, tiba-tiba dia terjatuh pula ke dalam perigi buta tetapi nasibnya baik ke

rana sempat berpaut kepada tali yang tergantung dalam perigi itu bagi mengelakkan dia terjatuh ke dalam. Di bawah dasar perigi itu pula terdapat ular besar berbisa sebesar leher unta sedang menunggu pemburu itu jatuh untuk dipatuk dan dibaham.

Maka situasi yang terjadi ialah pemburu itu bergayut pada tali di tengah-tengah, di atasnya ada harimau manakala di bawahnya ada ular menunggu. Tiba-tiba muncul pula dua ekor tikus iaitu seekor putih dan seekor hitam menggigit tali itu secara silih berganti-ganti atau bergilir-gilir hingga hampir putus tali itu dan memang akan terputus kemudian.

Jadi apa yang bakal terjadi? Sebenarnya, demikian lah ibarat kehidupan kita semua, iaitu harimau itu adalah umpama maut yang sentiasa mengejar kita walau berada di mana sahaja; dua tikus adalah waktu yakni tikus putih adalah siang dan tikus hitam adalah malam yang silih berganti memakan waktu usia kita iaitu tali itu. Dan tali itu adalah umur kita yang semakin tipis dan akan putus jua suatu hari nanti. Lubang perigi itu adalah lubang kubur yang pasti kita akan memasukinya. Dan ular berkenaan adalah azab siksa kubur yang sedang menunggu.

Walaupun hakikatnya demikian, tetapi kebanyakkan kita tidak menyedarinya kerana disibukkan oleh dunia yang penuh tipu daya, main-main, senda gurau, perhiasan dan mempersonakan. Jika kita setuju bahawa dunia itu penuh tipu daya, dan kita bersetuju juga manusia sifatnya adalah pelupa, maka cuba bayangkan betapa berjayanya sipenipu (dunia) tipu pelupa (manusia).

Sudah lah pelupa itu mudah diperdayakan kerana memang rendah kualiti ingatannya, lepas tu ditipu pula oleh kaki penipu yang berpengalaman licik menipu. Itu lah yang terjadi manusia hari-hari ditipu oleh dunia hingga terlupa nyawanya semakin hampir dan boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja. Apa yang terjadi adalah manusia kesemuanya dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan tentang kebenaran dengan kesabaran.
 

Rabu, 5 September 2012

JANGAN KHUATIRKAN BAPAMU DI BUNUH JANGAN KHUATIRKAN APA-APA KEHINAAN

Hadrat Munib ra berkata bahawa: Aku pernah melihat Rasulullah saw pada zaman jahiliyah bilamana baginda bersabda : Wahai manusia !, Katakanlah ''La ilaha illallah'', Kamu akan berjaya.

Aku melihat orang ramai ; diantara mereka ada yang meludahi wajah baginda , ada yang menabur tanah di atas baginda dan ada pula yang memaki baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari.

Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu baginda telah membasuh muka dan kedua-kedua tangan baginda dan baginda telah bersabda : ''Wahai anakku!, Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan di bunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan''. 

Aku telah bertanya : Siapakah budak ini? Orang ramai telah menjawab bahawa ia adalah puteri baginda, Hadrat Zainab r.ha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang sangat cantik. (HR TABRANI MAJMUZ ZAWAAID)

Isnin, 9 Julai 2012

27 TAHUN TAK PERNAH SOLAH


Kisah semasa ana keluar 3hari di suatu tempat di Negeri Sembilan.Pada suatu hari ada orang lama ni cerita kat ana satu kisah seorang hamba Allah 27 tahun tak pernah solah.

Macam biasa orang tabligh @ karkun ni akan buat 2jam setengah jumpa orang. Terjumpalah seorang hamba Allah ni mereka taskil untuk keluar jalan Allah selama 3hari bukan sekali mereka taskil hamba Allah dah banyak kali barulah terkesan.

Tapi hamba Allah itu berkata,'' macam saya nak keluar 3hari buat dakwah saya satu apa tak tahu?''.... bukan setakat itu saja yang hamba Allah ni dah 27 tahun tak solah, mengaji pun tak tahu macam saya nak keluar 3 hari.

Jemaah pun memujuk'' tak pe kita keluar 3hari nak baiki diri nak belajar2 guna diri harta masa di jalan Allah.. nak kuatkan iman.''

Hamba Allah ni pun bersetuju macam biasa hari pertama dia keluar jemaah kami ajar dia solah dan SURAH AL FATIHA biasa kita buat sama seperti yang mula memeluk islam .

Apabila masuk waktu zohor hamba Allah ni pun solah zohor secara berjemaah faham jelah baru belajar solah macam biasalah bacaan dia teruk pastu bacaan terdengar oleh makmun sebelah yang tak berapa suka dengan jemaah. Apa lagi habis solat pun dia terus pancung di depan orang ramai apa dia kata....

Kau Tabligh apa ni.....?
macam ni kau nak dakwah orang...?
bacaan tongang terbalik.....!
kau betul kan diri kau tu dulu baru nak dakwah orang.....?

apa lagi hamba Allah tu terus cabut....

Jemaah yang kat tepi terkejut tak sempat nak cover hamba Allah tu..

Salah seorang jemaah bertanya pada makmun yang marah tu. Kenapa tuan marah?

Jawab makmun yang marah tu?
''Macam mana aku tak marah kau nak dakwah orang kena ada ilmu tak de ilmu jangan nak dakwah orang!''

Jemaah tu jawab ..'' Tuan siapa dia ni?''

Makmun tu jawab ..''Siapa dia ni?''

Jemaah tu jawab ..'' Tuan dia ni dah 27 tahun tak solah lepas ni kalau tak solah siapa nak jawab.''

Tuan Hamba Allah tu keluar nak baiki diri nak selamat seluruh anggota badan dari perkara yang dilarang oleh Allah dan berlajar buat perkara yang disukai oleh Allah... sebab tu mereka keluar di jalan Allah nak hidupkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan ...

Apa kita akan jawab pada Allah bila seseorang tu nak berubah kita yang menjadi punca penghalang.


Wallahualam.

Ahad, 8 Julai 2012

BILA DAKWAH DI TINGGALKAN

Diriwayatkan daripada Hazrat Aishah R.anha katanya,''Pada suatu ketika Rasulullah SAW telah masuk ke rumah dan saya dapat merasakan daripada wajah Baginda SAW bahawa suatu perkara yang besar telah menimpanya. Baginda SAW telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda .


 Baginda SAW telah duduk di atas mimbar lalu memuji dan memuja Allah SWT lantas bersabda,''Wahai manusia, sesungguhnya Allah SWT telah berfirman kepada kamu,''Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, Sebelum tiba masanya kamu berdoa kepada ku tetapi aku tidak akan menperkenankan doa kamu, kamu meminta kepada ku tetapi aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu mohon bantuan kepadaku (Terhadap musuhmu) tetapi aku tidak akan membantu kamu. Baginda SAW tidak menambah selain dari perkataan itu sehingga Baginda SAW turun dari mimbar'' (Hadith Riwayat Ibnu Hibban dan kitab sahihnya Ibnu Majah)


Keterangan


Mereka yang berfikir bahawa penentangan terhadap musuh-musuh islam adalah dengan bertolenrasi dan berlebih kurang dalam masalah agama hendaklah benar-benar memikirkan kandungan hadith ini. Pertolongan dan bantuan untuk orang islam adalah tersembunyi dalam keteguhan amalan agama. Hazrat Abu Darda R.anhu, salah seorang sahabat yang unggul berkata ,''Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, kalau tidak Allah SWT akan membangkitkan seorang Raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang tua kamu dan tidak akan menaruh belas kasihan kepada yang muda-muda di kalangan kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh di kalangan kamu pun tidak akan diterima. Kamu inginkan bantuan tetapi bantuan tidak akan diberikan . Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan diampuni.''Allah SWT sendiri berfirman:


''Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.''  (Muhammad :7)


Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:


 Jika Allah SWT menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka apakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah SWT ? Dan ingatlah, kepada Allahlah jua orang yang beriman itu berserah diri.'' ( Ali Imran: 160)


Dalam kitab Durre Manthur melalui riwayat Tarmizi dan lain-lain, ada hadith yang diriwayatkan oleh Hazrat  Huzaifah R.anhu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,''Demi dia yang nyawaku di tangannya, hendaklah kamu menyuruh orang ramai supaya berbuat baik dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Jika tidak Allah SWT akan menurunkan azab ke atas kamu dan kemudian kamu akan berdoa kepadanya tetapi dia tidak akan memperkenankan doa kamu.'' (Di petik dari kitab  at-targhib hadith riwayat Tarmizi)


Di sini cubalah tuan-tuan renungkan berapa banyak perintah Allah SWT yang telah kita langgar? Selepas itu barulah kita akan mengetahui mengapa usaha kita tidak mendatangkan hasil dan mengapadoa kita tidak memberi kesan? Adakah kita menyemai benih kemajuan atau kemerosotan?

Sabtu, 16 Jun 2012

BILA AKU JAHIL DULU KAU TAK TEGUR.... BILA DAH BERUBAH KAU DATANG NAK TEGUR PULA

Ini kisah pengalaman ana duduk dalam satu bayan semasa Ghast pertama kami. Semasa itu Allah telah hantar seorang pembayan dari luar seorang pegawai tentera berhenti bekas comandan di suatu pusat latihan dalam tentera darat.

Salah satu kata yang ana tak boleh lupa...

hamba Allah ni kata dulu sebelum dia dapat usaha ni Tabligh. Dia sering merayau-merayau tak duduk rumah tak solah sehinggakan mengaji pun tak tahu. Pada suatu hari hamba Allah didatangi seorang kenalan lama orang Tabligh mengajak dia keluar. Hamba Allah ni pun terkesan .

Mulalah dia keluar 3 hari berulang-rulang kali selepas tu 40 hari datang lah perubahan pada diri dah mula solah lima waktu di masjid dah boleh mengaji .

Suatu hari tu hamba Allah ni di ziarahi oleh keluarga sebelah isteri boleh dikatakan orang alim mula menegur kerana dia beliau dah mula pandai meninggalkan anak isteri...

''jawab dia hamba Allah ni. Kau nak tengok aku solah ke @ x solah? Kau nak tengok macam dulu merayau-rayau ke @ macam sekarang duduk dalam rumah?''

''Kau nak aku macam sekarang ni.... dah boleh mengaji @ aku macam dulu mengaji pun tak tahu.?''

 ''Apa jawab iparnya abang teruskanlah..''

Selepas tu dia kata kenapa dulu aku tak solah kau tak tegur aku?

Kenapa dulu aku tak mengaji kau tak ajar aku mengaji?

kenapa sekarang ni aku dah berubah kau nak tegur aku pula!

Sebab aku meninggal anak isteri keluar 3hari, 40 hari.. bukan tak de berlanja.. cukup berlanja yang aku bagi..

Tuan yang di muliakan oleh Allah SWT bukan orang macam ni kita nak risaukan . Orang yang nak kita risau orang islam yang tak solah yang berada di pasar2 malam, shoping complex yang melepak , di karaoke berdua-duan bukan mahram.. orang macam ni kita kena jumpa cakap dengan dia penuh kasih sayang ajak kembali pada Allah.. insyaAllah ...

Nabi Daud AS bertanya pada Allah.''Ya Allah Siapakah orang paling dekat dengan mu Ya Allah'' ? Jawab Allah.'' Orang yang mengajak orang lain untuk dekat dengan aku dia adalah orang yang dekat dengan aku''. (Orang yang mengajak orang lain untuk dekat dengan Allah dialah orang paling dekat dengan Allah.) Pertanyaan Nabi Daud AS'' Ya Allah siapakah orang yang paling kau cintai? Jawab Allah''Orang mengajak orang lain untuk cinta pada aku dialah orang paling ku cintai''. (Jika ada orang mengaku cinta pada Allah tapi dia tak pernah mengajak orang untuk cinta pada Allah itu adalah cinta palsu.Jika betul dia cinta pada Allah dia akan mengajak orang lain untuk cintakan Allah.)