Isnin, 2 Julai 2012

RASULULLAH SAW DENGAN PENGEMIS BUTA


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Sabtu, 30 Jun 2012

15 AZAB BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAH.

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah SWT akan mengurniakan lima keistimewaan. Pertama akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. Kedua akan dihindarkan daripada azab kubur. Ketiga akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Keempat akan melintasi titian sirat sepantas kilat dan kelima akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sesiapa meringan-ringankan solah, Allah SWT akan menyeksanya dengan lima belas seksaan. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meninggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur. Seksaan semasa di dunia ialah, pertama, dicabut keberkatan umurnya, kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya, ketiga, Allah SWT tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya, keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima), kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah, pertama, dia akan mati dalam keadaan hina, kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar dan ketiga dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika diberi minum air sebanyak lautan didunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika didalam kubur ialah, pertama, kubur akan meghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain, kedua, api akan dinyalakan didalam kuburnya dia akan dibalik-balikan diatas bara api siang dan malam, ketiga, seekor ular yang besar bernama (Ashsyuja Ul Aqra)
akan dilepaskan keatasnya. Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, ''aku Ashsyuja Ul Aqra. Aku diperintahkan tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar, kerana meninggalkan solat asar hingga mahgrib, kerana meninggalkan solat mahgrib hingga isyak, kerana meninggalkan solat isyak hingga subuh.''Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan tengelam didalam bumi sejauh tujuh puluh hasta. Dia akan diazab berterusan didalam kubur sehingga hari kiamat.

Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di pandang mahsyar ialah pertama, penghisabannya amat berat, kedua, dia di murkai Allah SWT dan ketiga dia akan dimasukkan kedalam neraka. (dalam hadith ini hanya disebutkan empat belas seksaan, tidak mengcukupi bilangan lima belas, mungkin perawi terlupa). Dalam satu riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan. Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah SWT. Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah SWT. Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah SWT, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT.

Selasa, 26 Jun 2012

JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan sebagai :

MAKMUN SOLAT JEMAAH

PENDAPATAN LUMAYAN
27 x ganda pahala 5 x sehari

ELAUN PERJALANAN
1 langkah ke Masjid@Surau 1 pahala, di hapuskan 1 dosa dan diangkat satu darjat

ELAUN MINGGUAN
Khutbah Jumaat istimewa di samping kuliah-kuliah Mahgrib
Pelbagai lagi faedah dan elaun menarik menanti anda

KELAYAKAN
Beragama Islam, Baligh lagi berakal waras, Lelaki di utamakan tidak uzur syarie

HADIR TEMUDUGA TERBUKA PADA:

a. Mahgrib
b. Isyak
c. Subuh
d. Zuhur
e. Asar

TARIKH TUTUP


Sebelum mati @ kiamat

Ahad, 24 Jun 2012

COUPLE ADALAH HARAM


Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…
Bagaimana ingin mengelakkan semua ini? Ianya dipanggil Ta’aruf. Lihat video sedutan dari Ayat-ayat Cinta ini segalanya jelas telah disampaikan.





Dari Blog Oh! Islam

Sabtu, 23 Jun 2012

HAMBA ALLAH YANG SEBENAR

Pada suatu hari, Wahab bin Munabih meminpin Ibu Abbas R.anhu yang telah tua dan kehilangan penglihatannya ke MasjidilHaram. Sampai disana, Ibnu Abbas mendengar beberapa orang sedang berbual-bual dengan suara yang lantang. Lalu dia diminta di bawa kehadapan orang yang sedang berbual itu.

Selepas memberi salam, Ibnu Abbas pun berkata, izinkan aku menceritakan perihal hamba-hamba yang sebenar. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah sungguh pun mereka tidak bisu dan sebaliknya mengunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana terlalu memuji-muji Allah, maka mereka tidak dapat memperkatakan sedemikian rupa ( berbual kosong dengan suara yang kuat ), Lalu mereka bersegera ( bercakap dan melakukan ) kearah kebaikan. Mengapa kamu sekalian telah menyeleweng dari jalan ini ?

Wahab bin Munabih berkata'' Selepas pertiswa itu, aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidilharam   ( untuk berbual kosong, apa lagi bertengkar ).''

Jumaat, 22 Jun 2012

TAKUT KEPADA ALLAH SAHAJA

Suatu petang sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah tiba-tiba menjadi gempar. Mereka bertempiaran lari menyembunyikan diri.

Apakah yang sedang berlaku? Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut melihat Saidina Umar R.anhu sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil ini berasa gerun kepada Umar R.anhu yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. Namun dalam kekalutan itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari, bahkan terus bermain seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Saidina Umar R.anhu berasa kagum melihat keberanian budak tersebut, lalu beliau pun bertanya.''Mengapa
engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?''

Budak lelaki itu menjawab dengan berani,''Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja, bukan pada manusia.''

''Siapa nama mu?''

''Abdullah bin Zubir.''

Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Asma binti Abu Bakar, sahabat karib Nabi yang juga Khalifah pertama selepas kewafatan baginda. Hasil didikan ibunya, bila Abdullah dewasa, beliau menjadi seorang abid dan munjahid

Selasa, 19 Jun 2012

JANGAN JADI SEMUT KECIL



Dua penyakit yang boleh menyebabkan manusia binasa iaitu TAKABUR (sombong) dan UJUB  ( merasa hebat dengan kelebuhan diri). Dua perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 23, ‘’Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang sombong.’’  Bahkan Allah menegaskan ,’’ Sesungguhnya orang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk nereka jahanam dengan hinanya.’’-Surah al-Mukmin ayat 60.

Bahkan itu sahaja, Rasulullah SAW menyifatkan orang yang sombong ibarat semut kecil yang akan diinjak oleh manusia di akhirat kelak. Abu Hurairah mengatakan, Nabi SAW bersabda,’’Orang yang sombong, keras kepala dan takabur akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut kecil yang diinjak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka kepada Allah.’’

Sabda Rasulullah SAW lagi,’’Barang siapa yang berpisah nyawanya dengan tubuhnya, dan dia terlepas dari tiga perkara, nescaya akan masuk syurga iaitu, sombong hutang dan iri hati.’’