Sabtu, 14 September 2013

AMALAN BERSIWAK (BERSUGI) MENGGERUNKAN MUSUH



Pada kurun ke-8 Hijrah iaitu ketika zaman Bani Abbasiah, orang Islam ketika itu sedang berdakwah di Samarkand (ibu Negara Uzbekistan). Pada waktu itu, tentera Islam telah berjaya membuka negara-negara yang bersempadan dengan Samarkand yang berhampiran dengan China.
            Suatu ketika, mereka tidak dapat menembusi sebuah benteng. Tentera-tentera musuh berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota. Tiada siapa boleh keluar dan masuk. Mereka bagaikan sebuah dinding yang tidak dapat dirobohkan. Akibatnya, peperangan berlanjutan. Tiada siapa yang kalah atau menang.
            Maka, panglima perang Islam melalukan ‘post-mortem’. Perkara pertama yang ditanya ialah, “Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak menunaikan solat?”
            Mereka menjawab, “Tidak.”
            “Adakah sesiapa yang meninggalkan satu daripada sunnah Nabi SAW?” soalnya lagi.
            Mereka terdiam. Setelah berfikir dan bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa mereka meninggalkan amalan bersiwak ketika berwuduk dan solat. Lantas, mereka memanjat pokok kurma dan mengambil batangnya untuk dibuat kayu sugi. Setelah itu, azan dilaungkan. Maka, mereka pun segera bersiwak sebelum berwuduk untuk menunaikan solat.
            Tatkala itu, seorang pengintip masuk ke khemah orang Islam untuk mengintip. Dia menjadi gementar melihat orang Islam sedang bersiwak. Lalu. Dia pun pulang memberitahu kaumnya, “Sesungguhnya musuh kita bukan sembarangan manusia. Mereka sedang mengasah gigi mereka dengan kayu untuk meratah kita seorang demi seorang. Bersedialah kamu semua untuk diratah oleh mereka.”
            Kaumnya percaya. Mereka menjadi gerun lalu mengundurkan diri. Maka, orang Islam berjaya menawan negeri itu dengan mudah dan ramai yang memeluk Islam. Penduduk kota itu, setelah memeluk Islam, menjadikan siwak sebagai satu amalan yang tidak ditinggalkan. Mereka ketawa mengenangkan ketakutan mereka kepada siwak. Mereka berkata, “Kami dikurniakan Islam dengan berkat sunnah bersiwak. Maka, hidupkanlah kami ya Allah dalam agama Islam dan dalam keadaan sentiasa melazimi sunnah.”
Sumber: Qasas as-Solihin, Syeikh Hamed Ahmad Tahir

Iktibar:
  1. Dalam sunnah Nabi, ada kejayaan.
  2. Amal sunnah Nabi, Allah beri bantuan.
  3. Tinggalkan sunnah Nabi, tiada bantuan daripada Allah.

Isnin, 19 Ogos 2013

SEANDAINYA''BUKA-BUKAAN''ADALAH BENTUK KEMAJUAN, MAKA YANG PALING MAJU ADALAH BINATANG


Seorang Doktor Perempuan asing (non Arab) yang berhijab menjawab dengan mudah dan cerdas, ketika ditanya tentang jilbab :

Sesungguhnya manusia pada masa zaman purba telajang, dengan bekembangnya pemikiran melewati berbagai zaman, maka manusia mulai memakai pakaian, hingga seperti yang saya pakai sekarang.

Dan apa yang saya pakai adalah puncak pemikiran, dan tingkatan tertinggi yang telah dicapai manusia setelah melalui berbagai masa dan bukanlah bentuk keterbelakangan.

Adapun "buka-bukaan" adalah bentuk keterbelakangan dan kemunduran pemikiran manusia ke zaman purba.

Kalau seandainya "buka-bukaan" adalah bentuk kemajuan, maka yang paling maju adalah binatang!

Ahad, 18 Ogos 2013

TABI'IN DAN SAHABAT


Seorang Tabi'in (orang yang tidak sempat berjumpa Nabi saw tetapi sempat berjumpa Sahabah Nabi saw dan beriman kepada Allah) telah berhajat untuk melihat cara kehidupan Sahabah ra(orang yang sempat berjumpa Nabi saw dan beriman kepada Allah). Dia ingin melihat bagaimanakah keadaan hidup sahabah sehingga mereka menjadi insan yang diredhai oleh Allah swt. Satu hari, dia telah turut serta dalam satu perjalanan yang jauh bersama dengan Sahabah tersebut. Akibat keletihan, maka kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah mengambil keputusan untuk berehat sebelum menyambung perjalanan pada keesokan paginya.

Kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah tidur dengan nyenyaknya. Namun, setelah tidur sebentar, Sahabah telah bangun mengambil wudhuk lalu mengerjakan solat malam..Dalam masa yang sama Tabi'in telah mengintai perilaku Sahabat tersebut dari atas sepohon pokok.

Maka tiba-tiba telah datang seekor singa mundar mandir di sekeliling Sahabah yang sedang mengerjakan solat. Tabi'in berasa sangat terkejut kerana Sahabah tersebut langsung tidak takut atau melarikan diri. Sehinggalah akhirnya singa itu telah duduk bersebelahan dengan Sahabah yang sedang bersolat itu. Maka selesai memberi salam, Sahabah telah membisikkan kepada telinga singa bahawa dia boleh beredar sekarang. Maka singa pun bangun dan beredar dari situ... Wallahua'lam..

Begitulah keadaan Sahabah ra.. Mereka hidup dalam keadaan iman dan yakin yang sempurna kepada Allah swt. Tidak hairanlah bilamana mereka hanya takut kepada Allah, maka seluruh makhluk lain akan takut kepada mereka.. Sesungguhnya merekalah golongan yang diredhai oleh Allah swt di muka bumi lagi. radhiAllahu anhum wa radhu anh..

-diceritakan oleh jemaah Australia-

Jumaat, 16 Ogos 2013

SEKSAAN ABU LAHAP DIRINGANKAN SETIAP HARI ISNIN


Abu Lahap adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahap sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.

Firman Allah, “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (Al-Lahab: 1 – 5).

Abu Lahap adalah bapa saudara Nabi saw. Nama sebenar Abu Lahap ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi saw, Abdullah bin Abdul Mutalib.

Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad saw., aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)

Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi saw.

Ahad, 14 April 2013

KISAH MALIK BIN DINAR RAH DAN PEMUDA MAHLIGAI

Jaafar bin Sulaiman rah berkata ''Satu ketika semasa berjalan di Basrah bersama Hadrat Malik bin Dinar rah kami melihat satu mahligai yang besar sedang dalam pembinaan. Seseorang pemuda sambil duduk memberi arahan kepada pekerja-pekerjanya. Hadrat Malik bin Dinar rah berkata kepada saya,'' Lihatlah betapa kacak pemuda ini! Tetapi dia sedang terlibat dalam urusan tidak berguna. Aku rasa terdesak untuk berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan pemuda ini dari urusan sia-sia ini dan menjadikan hambanya yang mukhlis. Alangkah baiknya jika ia menjadi salah seorang dari pemuda-pemuda di syurga! Mari kita jumpa pemuda itu.'' Jaafar rah berkata bahawa mereka berdua telah pergi kepada pemuda itu lalu mengucap salam kepadanya. Pemuda itu menjawab salam kami. Dia mengetahui tentang Hadrat Malik bin Dinar rah, tetapi ketika itu beliau masih belum mengenalinya. Selepas beberapa lama apabila datang dia dapat mengenalinya maka dengan serta merta dia berdiri lalu berkata,'' Sila duduk. Bagaimana tuan datang kemari? Betapa tuahnya kami kedatangan tuan!'' Malik bin Dinar rah berkata,'' Berapakah yang kamu berlanjakan untuk pembinaan ini?'' Dia menjawab,'' Seratus ribu dirham.'' Malik rah berkata,'' Wang seratus ribu dirham itu kamu berilah kepadaku, maka aku akan mengambil tangungjawab dan memberi jaminan bahawa kamu akan diberi satu mahligai yang berlipat kali ganda lebih baik dari ini dalam syurga . Khadam-khadam yang ramai, khemah dan kubah dari Yaqut merah dan nikmat-nikmat syurga yang lain-lainnya akan menjadi milik kamu. Dindingnya dari mutiara, lantainya dari Jaafran dan cantuman dindingnya dari kasturi . Mahligai itu sentiasa akan berbau harum dan tidak sekali-sekali menjadi buruk. Mahligai itu bukanlah dibina oleh tukang-tukang pembinaan tetapi ia wujud dengan perintah Allah Kun yakni jadilah'.

''Pemuda itu meminta,'' Tolonglah berikan masa kepada saya untuk memikirkan perkara itu pada malam ini. Esok pagi saya akan memberi pandangan saya.'' Hadrat Malik bin Dinar rah pulang ke rumahnya. Pada sepanjang malam itu beliau berfikir untuk pemuda itu. Ketika hujung malam beliau telah berdoa untuknya sambil menangis. Selepas solat subuh kami pergi sekali lagi kepadanya. Pemuda itu sedang menunggu kami di pintu. Dia bergembira melihat Hadrat Malik bin Dinar rah. Hadrat Malik bin Dinar bertanya,'' Apakah pendapat kamu mengenai apa yang aku cadangkan kelmarin?'' Dia bertanya, Apakah tuan bersedia untuk menyempurnakan apa yang dijanjikan oleh tuan?'' Beliau menjawab,'' Tentu tiada syak lagi,'' Maka dia membawa satu uncang berisi seratus ribu dirham dan kertas serta pena untuk di tulis.

Hadrat Malik bin Dinar rah menulis di kertas itu, bismillahhirohmannirrohim. Seterusnya beliau menulis,'' Dengan ini saya Malik bin Dinar berjanji bahawasanya si anu bin si anu akan mendapat satu mahligai bersifat begini begini ( beliau menulis semua ciri-ciri mahligai itu di syurga seperti yang beliau telah ceritakan kelmarin ). Bahkan dia akan memperolehi kedudukan perhampiran Allah Taala.'' Surat jaminan itu beliau telah serahkan kepada pemuda itu lalu mengambil uncang berisi seratus ribu dirham dan membawa pulang. Pada sebelah petang hari itu juga kesemua wang seratus ribu dirham telah habis di bahagikannya sebagai sedekah sehingga tidak ketinggalan apa-apa walaupun untuk membeli makanan.

Selepas itu telah berlalu empat puluh hari.Satu pagi Malik bin Dinar rah mengimami solat subuh di Masjid. Setelah selesai solat beliau telah melihat sepucuk kertas di mihrab. Beliau mengambil dan melihat bahawa ianya adalah surat jaminan yang telah beliau berikan kepada pemuda itu. Tetapi di atasnya ada tambahan tulisan tidak berdakwat yang terang boleh dibaca,'' Aku melepaskan Malik bin Dinar dari tangungjawab jaminan ini, sebab aku berikan si anu bin si anu satu mahligai di syurga penuh dengan semua nikmat-nikmat yang dituliskannya, bahkan tujuh puluh kali ganda lebih daripadanya.''Setelah membacanya tulisan itu beliau tersangat kagum sehingga tidak dapat bergerak atau bercakap beberapa lama. Selepas itu beliau pergi ke rumah pemuda itu. Apabila tiba , beliau mendapati ada tanda-tanda kesedihan dan juga kedengaran suara tangisan di rumah itu . Bertanya kami telah di beritahu bahawa baru kelmarin pemuda itu sudah meninggal dunia.

Malik bin Dinar rah bertanya,'' Siapakah yang telah memandikan dan mengapani mayatnya?'' Maka orang yang dimaksudkan itu telah pun dipanggil dan diminta menceritakan semua peristiwa yang berlaku. Dia berkata, ''sebelum meninggal dunia beliau telah memberi sepucuk kertas kepada saya lalu mewasiatkan agar saya meletakkan kertas itu antara kapan dan tubuh mayatnya. Saya pun telah membuat sebagaimana wasiatnya.'' Hadrat Malik bin Dinar rah telah mengeluarkan kertas yang beliau jumpai di mihrab masjid dan sebelum sempat beliau berkata apa-apa orang itu berkata, ''Wallah! Inilah kertas yang saya telah letak di dalam kapannya.'' Setelah memerhatikan kesemua peristiwa itu maka salah seorang pemuda telah mendekati Dinar bin Malik rah lalu berkata,'' Tuan Syaikh, saya hendak memberikan dua ratus ribu dirham. Tolong tuliskan satu kertas lagi untuk saya.'' Beliau berkata .'' Peluang itu telah terlepas jauh! Allah membuat apa sahaja yang di kehendakinya .'' Selepas itu bila-bila masa sahaja beliau teringat peristiwa itu, maka beliau akan menceritakan kisah itu sambil menangis dan mendoakan untuk pemuda itu. [ RAWDH]

Terdapat banyak lagi peristiwa seperti ini mengenai orang-orang warak apabila dalam keadaan semangat sesuatu perkataan terkeluar dari mulut mereka, maka Allah swt telah menjadikannya satu kenyataan begini. Baginda Rasulullah saw pernah bersabda bahawa kadangkala kelihatan setengah-setengah orang yang rambutnya tidak terurus, badan pun berdebu dihalau orang dari pintu rumah, tidak dipedulikan orang. Tetapi jika mereka bersumpah dengan nama Allah maka ia menyempurnakannya [RAWDH]
Dari buku FADHILAT SEDEKAH jilid 1 dan 2 m/s 1083

Sabtu, 6 April 2013

JANGAN AMBIL KISAH


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat hal yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu! Dua orang menaiki seekor himar, kesian himar itu disiksa."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Apalah punya pandai orang tua dan si anak itu, dah ada himar pon masih nak berjalan kaki, kenapa tak menunggang himar itu?"

Dalam perjalanan mereka dua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi FAKIR. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk menempuh kehidupan seharian.

Rabu, 14 November 2012

UNTA YANG BERKATA-KATA

UNTA BERKATA-KATA

Lelaki Muslim itu terkejut dan bingung. Unta itu adalah miliknya, tetapi dia dituduh mencurinya pula.

Sungguh licik si pemuda Yahudi itu. Dia telah membawa empat orang saksi bersama-samanya dan keempat-empat orang saksi itu membuat tuduhan palsu terhadapnya. Pemuda Muslim itu tidak dapat mempertahankan diri kerana tidak mempunyai saksi. Lalu Rasulullah SAW memutuska
n unta itu adalah milik si pemuda Yahudi dan lelaki Muslim dijatuhkan hukuman potong tangan.

Dalam keadaan bingung, pemuda Muslim itu mendongak sambil menadah tangan seraya berdoa, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”

Setelah berdoa, pemuda Muslim itu sekali lagi menemui Rasulullah SAW. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keterangan kepada Rasulullah SAW untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, melainkan dia meminta Rasulullah SAW bertanya sendiri kepada unta itu.

Memang sesuatu yang aneh untuk bertanyakan soalan kepada seekor binatang, tetapi oleh sebab lelaki itu bersungguh-sungguh mahu membuktikan yang dia tidak bersalah, Rasulullah SAW bertanya kepada unta itu, “Hai unta! Milik siapakah engkau ini?”

“Wahai Rasulullah! Aku adalah milik pemuda Muslim ini dan sesungguhnya para saksi lelaki Yahudi itu adalah pendusta,” jawab unta itu dengan terang dan jelas.

Rasulullah SAW kehairanan apabila mendengar pengakuan unta itu.

“Wahai pemuda Muslim! Beritahu kepadaku, apakah yang telah engkau lakukan sehingga Allah membolehkan unta ini bercakap perkara yang benar.”

“Wahai Rasulullah SAW! Aku tidak tidur pada waktu malam melainkan aku terlebih dahulu membaca selawat ke atasmu sepuluh kali,” jawab pemuda Muslim itu dengan jujur.

“Engkau telah selamat daripada dihukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga daripada seksaan di akhirat nanti kerana berkatnya engkau membaca selawat untukku,” sabda Rasulullah SAW.

Dengan keputusan Rasulullah SAW, pemuda itu terlepas daripada hukuman dan bebas daripada dituduh mencuri. Dia sangat bersyukur dan yakin bahawa Allah SWT akan memberikan perlindungan kepadanya selagi dia terus melaksanakan amalan-amalan yang baik.

Kamu tidak akan mampu membalas kebaikan Nabimu Muhammad s.a.w., walaupun kamu berjalan dengan kedua-dua kelopak matamu [ al-Habib Abdullah bin Alwi al-Hadad ]

Ahad, 28 Oktober 2012

JANGAN CERITA KEBURUKAN CERITALAH KEBAIKAN

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (An-Nisaa: 148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (An-Nisaa: 149)

Mengaibkan iaitu menceritakan keburukan seseorang samada ianya betul atau tidak adalah berdosa. Dalam Islam, tidak boleh menyebarkan keaiban orang lain walaupun mahkamah telah membuat keputusan tentang sesuatu kes. Haram menceritakan dan menyiarkannya di dalam surat khabar, walaupun disisi undang-undang dunia dibolehkan, Islam tetap mengharamkan penyebaran aib orang.

Al-Hujurat [11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain……

Al-Hujurat [12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang…

Bahkan Islam melarang seseorang melihat atau memandang ke dalam rumah orang lain sebelum diizinkan. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang mengintip ke dalam rumah sebelum diberi izin untuk masuk ke dalam, maka sesungguhnya dia tidak meminta izin (Hadith Riwayat Abu Daud).

Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah kamu bersalah jika seseorang mengintip ka dalam rumahmu tanpa izin dan kamu memukulnya mengunakan batu dan mencederai matanya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di Padang Mahsyar nanti Allah akan mengaibkan orang yang mengaibkan orang lain sehingga mereka merasa malu dan sanggup terjun ke dalam api neraka. Dalam satu hadith, ada disebut lebih kurang begini “kalau orang mengaibkan kamu dengan sesuatu yang tidak berasas, Allah akan mengaibkannya di Padang Mahsyar nanti, maka janganlah kamu mengaibkan seseorang walaupun ianya berasas”. 

DARI BLOG .....  nasbunnuraini.wordpress.com

Sabtu, 27 Oktober 2012

SUNNAH MENGIRINGI TETAMU PULANG

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya adalah termasuk sunnah iaitu seseorang keluar menghantarkan tetamunya hingga sampai ke pintu (pagar) rumahnya (Riwayat Ibnu Majah)

Hantarlah dan iringilah tetamu yang pulang hingga ke pintu rumah atau pintu pagar (jika rumah berpagar) dan janganlah duduk di atas kerusi sahaja apabila mereka ingin
balik. Ini adalah peradaban yang baik dan selaras dengan Islam. Perbuatan ini menjadikan hubungan di antara tuan rumah dan tetamu itu lebih mesra.

Apa yang dimakan oleh tetamu yang datang ke rumah kita adalah haknya kerana ianya adalah rezeki mereka, cuma ianya diletakkan dalam harta kita. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tetamu masuk ke rumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu” (Riwayat Ad-Dailami dari Anas r.a.)

Dari Abu Suraih al-Adawi bahawa dia berkata, mataku telah melihat Rasulullah saw dan telingaku telah mendengar ketika dia telah bersabda dengannya. Sabdanya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan tempohnya. Mereka berkata, apakah tempohnya? Baginda bersabda, satu hari satu malam dan tempoh bertamu adalah tiga hari dan apa yang selepas itu maka dia menjadi sedekah dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata dengan baik atau diam.

Ahad, 14 Oktober 2012

AKU TIDAK PERNAH NAMPAK MANA-MANA RAJA DI HORMATI SEPERTI MUHAMMAD SAW DIHORMATI OLEH ORANG-ORANGNYA

Dalam kisah perjanjian Hudaibiyah. Urwah b Mas'ud telah datang sebagai wakil orang kafir. Dia telah memerhatikan keadaan orang islam dengan penuh teliti. Apabila dia pulang ke Mekah dia telah menerangkan kepada orang kafir dan berkata,'' Saya pernah diutuskan untuk menemui ramai raja yang besar . Saya telah bertemu raja Parsi, Rom dan Habshah.'

Saya tidak pernah nampak mana-mana raja itu dihormati oleh orang istana sebagaimana Muhammad saw dihormati oleh orang-orangnya. Tidak pernah mereka membiarkan air ludah Baginda saw jatuh ke bumi. Air ludah itu akan jatuh ke atas tapak-tapak tangan mereka kemudian mereka menyapu air ludah itu ke muka dan seluruh badan.

Apabila Muhammad saw memerintahkan sesuatu maka setiap orang akan berlari untuk menunaikan perintah itu. Apabila Baginda saw berwuduk maka mereka akan berlari, seolah-olah akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran antara mereka semata-mata untuk mengambil kesan air wuduk itu untuk disapu kebadan.

Apabila Baginda saw bercakap maka mereka semua akan senyap, tidak seorang pun yang akan memandang kearahnya semata-mata kerana rasa hormat terhadapnya.''

BUKHARI

Khamis, 4 Oktober 2012

SUAMI ISTERI DAN PENGEMIS


Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk, si isteri lalu pergi membuka pintu. Ternyata ada seorang pengemis yang berdiri dimuka pintu rumahnya. Si pengemis itu meminta belas kasihannya agar dapat memberinya makanan, walaupun sedikit.

Si isteri pun meminta izin dari suaminya, "Bolehkah saya memberik

an pengemis itu sedikit makanan ?". Suaminya menjawab dengan suara yang keras, "Ah! jangan bagi dia apa-apa pun. Halau pengemis itu dan tutup pintu!!". Si isteri menurut saja tanpa membantah walaupun di dalam hatinya merasa amat sayu dan kasihan kepada pengemis itu.

Beberapa lama kemudian, perniagaan yang diusahakan oleh si suami telah jatuh merosot dengan teruk dan mereka kini hidup dalam keadaan yang miskin dan susah. Hidup mereka dikelilingi hutang dan oleh kerana selalu bertengkar, mereka pun berpisah.

Beberapa lama kemudian, si isteri ini berkahwin lagi dengan seorang saudagar. Pada suatu hari, ketika suami isteri ini sedang menikmati makanan, isterinya mendengar ada ketukan di pintu rumah mereka. Setelah pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu ialah seorang pengemis yang meminta makanan.

Si isteri meminta izin kepada suaminya untuk memberi si pengemis itu makanan. Jawab suaminya, "Ya, berikanlah pengemis itu makanan, wahai isteriku". Ketika si isteri memberikan pengemis itu beberapa keping roti, alangkah terkejutnya dia bahawa si pengemis itu adalah bekas suaminya dahulu. Dia pun berlari masuk ke rumahnya sambil menangis terisak-isak. Dia pun menceritakan hal itu kepada suaminya.

Setelah mendengar cerita isterinya, si suami bertanya kepada isterinya, "Tahukah kamu siapa aku sebenarnya?". Isterinya menggelengkan kepala sambil tersedu-sedu. Sambung si suami, "Akulah pengemis yang dahulunya diusir oleh bekas suamimu".

Selasa, 25 September 2012

PEMBURU DIKEJAR HARIMAU


Seorang pemburu masuk ke tengah-tengah hutan tiba-tiba muncul seekor harimau yang berniat membahamnya. Lalu harimau itu mengejarnya dan pemburu itu pun memecut sekuat tenaga (walaupun dia tahu mustahil boleh lawan kelajuan harimau) dengan larian langkah seribu.

Semasa cuba melarikan diri, tiba-tiba dia terjatuh pula ke dalam perigi buta tetapi nasibnya baik ke

rana sempat berpaut kepada tali yang tergantung dalam perigi itu bagi mengelakkan dia terjatuh ke dalam. Di bawah dasar perigi itu pula terdapat ular besar berbisa sebesar leher unta sedang menunggu pemburu itu jatuh untuk dipatuk dan dibaham.

Maka situasi yang terjadi ialah pemburu itu bergayut pada tali di tengah-tengah, di atasnya ada harimau manakala di bawahnya ada ular menunggu. Tiba-tiba muncul pula dua ekor tikus iaitu seekor putih dan seekor hitam menggigit tali itu secara silih berganti-ganti atau bergilir-gilir hingga hampir putus tali itu dan memang akan terputus kemudian.

Jadi apa yang bakal terjadi? Sebenarnya, demikian lah ibarat kehidupan kita semua, iaitu harimau itu adalah umpama maut yang sentiasa mengejar kita walau berada di mana sahaja; dua tikus adalah waktu yakni tikus putih adalah siang dan tikus hitam adalah malam yang silih berganti memakan waktu usia kita iaitu tali itu. Dan tali itu adalah umur kita yang semakin tipis dan akan putus jua suatu hari nanti. Lubang perigi itu adalah lubang kubur yang pasti kita akan memasukinya. Dan ular berkenaan adalah azab siksa kubur yang sedang menunggu.

Walaupun hakikatnya demikian, tetapi kebanyakkan kita tidak menyedarinya kerana disibukkan oleh dunia yang penuh tipu daya, main-main, senda gurau, perhiasan dan mempersonakan. Jika kita setuju bahawa dunia itu penuh tipu daya, dan kita bersetuju juga manusia sifatnya adalah pelupa, maka cuba bayangkan betapa berjayanya sipenipu (dunia) tipu pelupa (manusia).

Sudah lah pelupa itu mudah diperdayakan kerana memang rendah kualiti ingatannya, lepas tu ditipu pula oleh kaki penipu yang berpengalaman licik menipu. Itu lah yang terjadi manusia hari-hari ditipu oleh dunia hingga terlupa nyawanya semakin hampir dan boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja. Apa yang terjadi adalah manusia kesemuanya dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan tentang kebenaran dengan kesabaran.
 

Ahad, 9 September 2012

KENYATAAN HIDUP

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat
pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

Rabu, 5 September 2012

JANGAN KHUATIRKAN BAPAMU DI BUNUH JANGAN KHUATIRKAN APA-APA KEHINAAN

Hadrat Munib ra berkata bahawa: Aku pernah melihat Rasulullah saw pada zaman jahiliyah bilamana baginda bersabda : Wahai manusia !, Katakanlah ''La ilaha illallah'', Kamu akan berjaya.

Aku melihat orang ramai ; diantara mereka ada yang meludahi wajah baginda , ada yang menabur tanah di atas baginda dan ada pula yang memaki baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari.

Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu baginda telah membasuh muka dan kedua-kedua tangan baginda dan baginda telah bersabda : ''Wahai anakku!, Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan di bunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan''. 

Aku telah bertanya : Siapakah budak ini? Orang ramai telah menjawab bahawa ia adalah puteri baginda, Hadrat Zainab r.ha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang sangat cantik. (HR TABRANI MAJMUZ ZAWAAID)

Isnin, 3 September 2012

SIAPAKAH YANG DAPAT MELINDUNGI KAMU DARI PEDANG INI

Dari Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa beliau bersama Rasulullah saw dalam satu ghazwah yang menuju ke Nat. Ketika waktu pulang beliau masih bersama Rasulullah saw apabila mereka sampai di kawasan hutan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok berduri, Rasulullah saw turun dari tunganggannya untuk berehat. Dan para sahabat bertebaran untuk mencari tempat berteduh.

Rasulullah saw berteduh di bawah sebatang pokok dan mengantungkan pedangnya pada pokok tersebut lantas kami pun tertidur seketika, dengan tiba-tiba kami mendengar suara Rasulullah saw memanggil kami. Kami dapati di hadapan beliau seorang badawi kafir. Baginda Rasulullah saw bersabda dia telah mencuri pedangku ketika aku sedang tidur, apabila aku terjaga aku dapati sebilah pedang terhunus dihadapan ku dia berkata ''Siapakah yang dapat melindungi kamu dari pedang ini? : Allah sebanyak 3 kali lantas dia terduduk. Rasulullah saw tidak menghukum dengan perbuatannya itu. HR BUKHARI.

Selasa, 28 Ogos 2012

LELAKI INI LEBIH BAIK DARI KESEMUA MEREKA



Sayyidina Sahal bin Saad Saidi ra berkata bahawa seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi saw lalu baginda saw bertanya pada seorang sahabat yang duduk disisi baginda saw ''Apakah pandangan kamu tentang lelaki ini''? Jawab sahabat itu'' Lelaki ini adalah dari seorang yang mulia kalau dia meminang maka selayaknya pinangannya di terima. Sekiranya dia menyokong sesiapa maka sepatutnya sokongannya di terima.'' Baginda saw hanya berdiam diri.


Kemudian lalu pula seorang lelaki lain lalu baginda saw bertanya''? Apa pula pendapat kamu tentang lelaki ini'' Sahabat itu menjawab,'' Lelaki ini hanya salah seorang dari orang-orang yang miskin dari kalangan orang islam dan memang patut kalau dia meminang pinangannya tidak di terima, jika dia memberi sokongan , sokongannya tidak diterima , jika dia berkata sesuatu, kata-katanya tidak akan di dengari.''


Lalu Rasulullah saw pun bersabda , '' Sekiranya seluruh dunia ini dipenuhi oleh orang yang sama seperti lelaki pertama , Lelaki ini masih lebih baik dari kesemua mereka.'' (BUKHARI)


Khamis, 16 Ogos 2012

PENGHUNI SYURGA AKAN DATANG PADAMU

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan, kami sedang duduk bersama Rasulullah saw apabila baginda saw bersabda: Seorang penghuni syurga akan datang padamu sekarang. Tidak lama kemudian seorang Ansar datang, dari janggutnya berjatuhan titisan-titisan air wudhu dan dia memegang kasutnya dengan tangan kirinya. Pada hari yang kedua Rasulullah saw mengulangi perkataannya. Sekali lagi orang Ansar yang sama datang dalam keadaan yang sama yang mana dia datang pada hari yang pertama. Pada hari yang ketiga Rasulullah saw mengulangi perkataan yang sama dan sahabat itu datang lagi dalam keadaan yang sama.

Apabila Rasulullah saw pergi, Abdullah bin Amr r.huma mengikuti orang Ansar itu kerumahnya dan berkata kepadanya; Aku telah bertengkar dengan ayahku dan telah bersumpah bahawa aku tidak akan kembali kepadanya selama tiga hari? Dia berkata; baik sekali.

Anas ra meriwayatkan; Abdullah ra menceritakan bahawa dia tinggal selama tiga malam dengan sahabat Ansar itu, tetapi dia tidak melihatnya beribadah pada malam hari, kecuali apabila dia terbangun dan mengubah kedudukan tidurnya diatas tempat tidur dia memuji Allah dan berkata: Allahu Akbar, sehingga dia bangun untuk solah subuh dari tempat tidurnya. Ada satu perkara lagi bahawa aku tidak pernah mendengar sesuatu yang keluar dari mlutnya kecuali yang baik sahaja

Apabila tiga malam berlalu dan aku mengira amalan-amalan biasa sahaja (aku hairan bagaimana Rasulullah saw memberinya satu khabar gembira yang besar) dia berkata kepada Ansar itu; Hai hamba Allah, tidak ada pertengkaran antara aku dan ayahku atau tidak ada perselisihan, akan tetapi aku telah mendengar Rasulullah saw mengatakan tiga kali tentang engkau, bahawa seorang penghuni syurga sedang datang kepada kita dan engkau datang kepada kami pada tiga waktu itu.

Aku berfikir, aku akan tinggal denganmu dan melihat amalan yang istimewa yang engkau kerjakan supaya aku dapat mengamalkannya. Meskipun demikian, aku tidak melihat engkau melakukan amalan yang istimewa. Apa yang telah menaikkan engkau kepada darjat yang Rasulullah saw nyatakan tentangmu? Orang Ansar itu menjawab; Amalan-amalan yang engkau lihat adalah biasa (aku tidak memiliki amalan yang istimewa). Abdullah ra berkata; Mendengarkan jawapan itu aku pun pergi. Apabila aku hendak pergi orang Ansar itu memanggil aku kembali dan berkata; Engkau telah melihat amalan ku , tetapi ada satu hal sebagai tambahan, aku tidak mempunyai perasaan buruk dalam hatiku   tentang seseorang muslim. Aku tidak irihati jika Allah menganugerahkan kepada orang lain sesuatu nikmat istimewa.

Abdullah ra berkata; Inilah amalan yang tidak dapat kami lakukan. (HR Musnad Ahmad dan Majma uz Zawaid)

Khamis, 9 Ogos 2012

KISAH IMAN AHMAD DAN PENJUAL ROTI


Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”
Imam bertanya: “Apakah doa itu?”
Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

p/s : SubhanALLAH inilah salah satu kelebihan istighfar,untungnya dpt jumpa ulama' yang hebat.

Selasa, 31 Julai 2012

RASULULLAH SAW DAN PENCURI YAHUDI


Seorang Yahudi mencuri di pasar, semua berusaha mengejar pencuri itu. Rasulullah SAW baru saja datang ke pasar, Beliau SAW melihat seorang Yahudi dikejar oleh banyak orang. Rasulullah SAW ikut mengejar Yahudi itu. 


Rasulullah berfikir apabila Yahudi ini tidak memiliki kalimah Laailaahaillallaah maka ia akan celaka dan sengsara selama-lamanya. Si Yahudi pencuri itu berlari sangat cepat semua orang tidak ada yang sanggup mengejarnya kecuali Rasulullah SAW. Pencuri itu terus lari dan Rasulullah SAW terus mengejarnya. Akhirnya pencuri itu kelelahan ia berhenti berlari. Rasulullah SAW pun mendapatkannya.


Pencuri itu dengan tersengal-sengal bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah engkau?". Aku Rasulullah (SAW), engkau ucapkanlah Laailaahaillallaah pasti engkau akan mendapat kejayaan, jawab Rasulullah SAW. Pencuri itu berkata lagi, kalau engkau bukan seorang Nabi pasti engkau tidak akan dapat mengejarku, maka aku bersaksi di hadapanmu tiada tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan-Nya.



Selasa, 24 Julai 2012

PENEMUAN KITAB INJIL BERUSIA 1500 TAHUN DI TURKI



BERITA GEMPAR......!!!!...TAMPARAN HEBAT UNTUK PADERI..PENDITA...DAN PENGANUT KRISTIAN MASYAALLAH...SUBHANALLAH......BERTAMBAH IMANKU....TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH

Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vaticankerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican melihat nya dahulu.

Petikan dari Turkish News: www.turkishnews.com
Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turkidi Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripadaInjil asal.
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan.

Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunanNabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialahInjil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Lukedan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemuiTurki ketika operasi anti penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Petikan dari Daily Mail:

Mereka pula berkata mendakwa bahawa bible yang meramalkan kedatanganMuhammad, tetapi ia tidak benar. Ini adalah kepercayaan lama yang berabad-abad, konspirasi teori oleh orang Islam

Petikan dari Macedonian Truth Forum: www.macedoniantruth.org

Terdapat biara di Turki utara Cyprus yang dipanggil sebagai biara St Barnabassebagai Rasul, yang diasaskan oleh sendiri dan didakwa mengandungi kuburnya.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, biara ini telah dirompak oleh kumpulan yang tidak diketahui orang. Mereka digali `s lantai, dinding pada waktu malam.
Ia adalah tidak diketahui apa yang mereka ketemui dan jika mereka mencuri sesuatu yang dikebumikan di dalam ia dinding.

Seorang wartawan di Cyprus mendakwa bahawa mereka telah menemui satu salinan Injil yang sangat kontroversi St Barnabas dalam dan mencurinya
.
Kemudian manakala wartawan ini telah menyiasat isu itu, beliau telah ditembak mati.

Dari wikipedia:

Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali.

Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian.

Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti.

Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16

sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

“Vatican telah didakwa mengeluarkan permintaan rasmi untuk memeriksa Alkitab yang berusia 1,500 tahun yang telah diadakan di Turki selama 12 tahun yang lalu,
http://www.huffingtonpost.com/

Injil rahsia ini di mana Isa dipercayai untuk meramalkan kedatangan Nabi Muhammad ke Bumi telah mencetuskan minat yang serius dari Vatican. Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat buku yang berusia 1,500 tahun, yang bersuara banyak Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu.
http://www.dailymail.co.uk/

Maka benarlah firman Allah:

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu



DARI BLOG http://khalifahalhidayah.blogspot.com